Politik

PM jumpa Zuraida minggu depan bincang jawatan dalam kabinet

Kuala Lumpur – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan bertemu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin minggu depan berhubung kedudukan bekas pemimpin Bersatu itu dalam Kabinet.

Perdana Menteri berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan bertemu Presiden Bersatu tersebut selepas pertemuan dengan Zuraida.

Menurut Perdana Menteri, Zuraida masih menghadiri mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam.

“Saya akan jumpa Zuraida minggu depan. Saya sudah beritahu Muhyiddin yang saya (akan) jumpa Zuraida dulu.

“Seperti saya katakan jawatannya tidak gugur selagi mengesahkan dia berhenti daripada Kabinet ataupun diberhentikan.

“Setakat ini Zuraida kekal sebagai menteri dan bertugas seperti biasa,” katanya kepada media selepas melancarkan pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di ibu negara hari ini.

Baru-baru ini, Muhyiddin dilaporkan berkata pihaknya menunggu pertemuannya dengan Perdana Menteri bagi membincangkan kedudukan Zuraida dalam Kabinet.

Muhyiddin berpendapat Zuraida perlu diganti kerana beliau adalah menteri Bersatu semasa memegang jawatan berkenaan.

Mengenai mesyuarat Bersatu yang turut membincangkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri berkata ia sekadar khabar angin kerana perkara itu telah dinafikan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Tak tahu (itu) dalam mesyuarat Bersatu saya tak masuk. Khabar angin menyatakan ada bincang, tapi telah dinafikan oleh Ahmad Faizal yang menyatakan akan terus menyokong kerajaan yang ada.

“Tidak ada ketidakstabilan politik pada masa ini, anda tengok lah, tiada pertembungan antara siapa-siapa,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: