Terkini

Pengecualian sewa kantin sekolah dilanjutkan

Kuala Lumpur – Pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus menikmati pengecualian sewa sehingga 31 Disember ini.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata pelanjutan yang bermula 1 Julai ini dibuat selepas mengambil kira situasi semasa akibat kesan pandemik Covid-19.

“Tempoh dua tahun lalu adalah satu tempoh yang amat sukar bagi pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah KPM.

“KPM membuat keputusan bahawa pengecualian sewa bagi premis KPM dilanjutkan bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2022,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Dr Radzi berkata, KPM memahami pengusaha kantin dan penyewa premis sedang dalam proses pemulihan susulan pandemik Covid-19.

Sehubungan itu beliau yakin lanjutan selama enam bulan lagi itu akan dapat membantu dan dimanfaatkan mereka, termasuk oleh warga sekolah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: