Terkini

Selepas lebih 18 bulan, Malaysia akhirnya catat sifar kematian Covid-19 – KJ

Kuala Lumpur – Malaysia melakar sinar baharu apabila buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, negara merekodkan sifar kes kematian akibat Covid-19 semalam.

Berita tersebut disahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di laman Twitter.

Menurutnya, kejayaan peralihan ke fasa endemik ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan data harian Covid-19 yang diperolehi.

“Hari ini, buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia akan melaporkan 0 kematian akibat Covid-19.

“Peralihan berterusan kita kepada fasa endemik telah ditentu ukur dan dipacu data. Sama-samalah kita berdoa agar ianya terus membuahkan hasil,” tulisnya.

Sebelum ini, catatan paling tinggi korban akibat virus maut itu dilaporkan pada 2 Jun 2021 apabila sebanyak 126 kes kematian baharu direkodkan akibat Covid-19.

Sementara itu, Malaysia mencatatkan sifar kematian baharu akibat Covid-19 semalam, dan tiada kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Data tersebut sekali gus menjadikan keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,732 sejak virus tersebut melanda negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko, mendapatkan pandangan KKM serta selepas meneliti syor daripada menteri kuartet. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: