Terkini

Kerajaan kekal subsidi minyak paket, mansuh subsidi minyak masak berbotol

Kuala Lumpur – Pemberian subsidi bagi minyak masak jenis paket dengan isi padu satu kilogram akan diteruskan kerajaan dalam usaha meringankan beban Keluarga Malaysia ketika ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, subsidi itu yang diberikan sejak tahun 2007 itu akan diteruskan dengan melibatkan sebanyak 66,000 tan metrik sebulan.

“Minyak masak yang ada subsidi ialah sebanyak 60,000 tan metrik sebulan, melebihi keperluan pengguna iaitu sebanyak 55,000 tan metrik sebulan. Kerajaan berikan subsidi jadi tiada sebab tidak cukup.

“Subsidi kerajaan berikan untuk minyak masak paket dengan harga RM2.50 bagi satu paket berbanding harga pasaran sebenar iaitu RM9 untuk satu kilogram,” katanya pada satu sidang akhbar khas di sini tadi.

Jelasnya, subsidi itu tidak akan ditarik balik dan akan diteruskan seperti biasa.

Perdana Menteri menjelaskan, pemansuhan itu hanya membabitkan program subsidi sementara merangkumi minyak masak berbotol bagi 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg, membabitkan peruntukkan berjumlah RM55 juta sebulan.

Menurut Ismail Sabri, program subsidi sementara yang bermula Ogos tahun lalu itu asalnya dikhususkan selama tiga bulan sahaja untuk membantu rakyat yang terkesan ketika pandemik COVID-19, sebelum ia dilanjutkan setiap tiga bulan, kemudian sehingga kini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan terpaksa memansuhkan program itu selepas mendapati minyak masak botol bersubsidi banyak diselewengkan pihak industri, komersial dan aktiviti penyeludupan.

Pada masa sama, Ismail Sabri menegaskan subsidi minyak masak paket adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat, khususnya golongan B40.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: