Luar Negara

Singapura sahkan 1 kes import cacar monyet

Singapura mengesahkan satu kes import cacar monyet di republik itu pada seorang lelaki warga Britain yang merupakan pramugara berusia 42 tahun.

Menurut kementerian kesihatan Singapura, lelaki itu berada di Singapura antara 15 dan 17 Jun dan sekali lagi berada di negara itu pada 19 Jun.

“Dia disahkan positif cacar monyet pada 20 Jun. Pesakit dimasukkan ke wad di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID), dan keadaannya stabil. Pengesanan kontak rapat sedang dijalankan,” kata kementerian dalam satu kenyataan semalam.

Pesakit itu juga turut mengalami sakit kepala pada 14 Jun, dan demam pada 16 Jun.

“Selepas menunjukkan simptom itu, pesakit kemudiannya mengalami ruam kulit pada 19 Jun. Beliau mendapatkan rawatan perubatan melalui telekonsultasi pada malam 19 Jun, dan dibawa ke NCID pada 20 Jun untuk pemantauan lanjut,” tambahnya.

Ia berkata pengesanan kontak rapat juga turut dijalankan bagi penerbangan yang terjejas sepanjang tempoh lelaki itu berada di Singapura.

“Dalam tempoh tersebut, sebahagian besar masanya, pesakit hanya berada di bilik hotel, dia hanya keluar untuk ke pusat urut, dan makan di tiga kedai makanan pada 16 Jun,” katanya.

Bagaimanapun, pihak kementerian berkata risiko penularan di lokasi tersebut adalah rendah, kerana data menunjukkan cacar monyet berjangkit melalui hubungan fizikal yang rapat atau berpanjangan.

“Proses pembersihan dan nyah kuman bagi keempat-empat lokasi yang dilawati pesakit sedang dijalankan,” tambahnya.

Setakat 21 Jun, 13 kontak rapat pesakit telah dikenal pasti.

Mereka akan dikuarantin selama 21 hari bermula kontak terakhir mereka dengan lelaki itu.

Selain itu, dua kontak rapat berisiko rendah diletakkan di bawah pengawasan dan akan menerima panggilan telefon setiap hari dalam tempoh 21 hari bagi memantau sebarang simptom.

Jika disyaki dijangkiti, mereka akan dibawa ke NCID untuk penilaian dan pengasingan bagi mengelakkan penularan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: