Terkini

Pemilik Nissan Skyline ditahan tiru kereta polis

Kuala Lumpur – Seorang lelaki yang menyertai pameran kereta di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang ditahan kerana mengubahsuai keretanya menyerupai kenderaan polis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kenderaan itu dikesan menerusi video viral di TikTok oleh Unit Perhubungan Awam Bukit Aman.

Katanya, lelaki berumur 43 tahun yang merupakan peniaga aksesori kenderaan ditahan pada jam 10.30 malam semalam selepas kereta terbabit viral di TikTok.

“Penahanan dilakukan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang selepas melakukan pemerhatian di pusat pameran itu.

“Polis merampas kereta jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan polis.

“Kenderaan terbabit mempunyai cukai jalan lengkap dan digunakan oleh pemiliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Wan Kamarul berkata, pemilik kenderaan terbabit telah dibebaskan pada 12 tengah malam dengan jaminan polis.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada pihak polis untuk melaksanakan tugas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: