Gaya Hidup

McDonald’s Malaysia gesa kakitangannya dan orang ramai menderma darah

PETALING JAYA – McDonald’s Malaysia terus menyokong seruan kerajaan agar rakyat Malaysia dapat menderma darah secara lebih kerap. Restoran khidmat segera tersebut telah menganjurkan Hari Derma Darah tahunannya pada 30 Jun 2022, dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM). Aktiviti menderma darah ini terbuka kepada orang ramai.

“Penganjuran aktiviti menderma darah ini bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma darah, demi menyokong pihak PDN dalam membantu pesakit yang memerlukan. Kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan PDN adalah supaya lebih ramai orang menderma darah bagi memastikan jumlah stok bekalan darah di dalam bank darah negara stabil. Kami sedar kepentingan adanya stok darah dan kami sangat gembira dapat melaksanakan aktiviti menderma Darah pada tahun ini,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.


Hari Derma Darah ini diadakan di ibu pejabat McDonald’s Malaysia, yang menyaksikan kehadiran lebih daripada 200 penderma pada tahun ini. Penderma yang hadir terdiri daripada kakitangan, rakan-rakan niaga, dan pelanggan McDonald’s serta wakil media. Restoran khidmat segera tersebut berhasrat menanamkan satu tabiat yang baik dan mewujudkan kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan menderma darah di kalangan kakitangannya dan juga rakyat Malaysia. Bersama-sama, kita boleh membantu rakyat Malaysia lain yang memerlukan.

Aktiviti derma darah yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dengan Kerjasama PDN menyaksikan
lebih 1,300 penderma sejak tahun 2017. Sebagai tanda penghargaan, McDonald’s Malaysia menyediakan hidangan McChicken dan Sundae Cone kepada semua penderma darah yang hadir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: