Terkini

Tutup terus kelab komedi hina Islam – Yusuf Azmi

Kuala Lumpur – Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia) menggesa pihak berkuasa menutup terus Kelab Komedi Crackhouse yang didakwa menyajikan persembahan lawak jelik dan menyentuh sensitiviti agama serta kaum.

Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi berkata tindakan itu perlu diambil sebagai iktibar kepada pemilik kelab komedi lain di seluruh negara agar lebih sensitif terhadap keharmonian agama dan bangsa dalam berjenaka.

Menurutnya, gesaan itu dibuat bukan berdasarkan satu video tular melibatkan seorang pelawak wanita yang membuka baju dalam persembahannya, malah pemilik kelab tersebut dikenali sebagai Rizal didakwa berulang kali memuat naik kandungan video jelik menghina dan menyindir komuniti di Malaysia.

“Rizal ini dah banyak video dia buat, dia buat benda ini sudah berbelas tahun, jadi sebab itu saya nampak tempat ini perlu ditutup.

“Bila ditutup, ia jadi iktibar kepada semua pemilik kelab ‘stand-up comedy’ supaya perkara begini tidak berlaku lagi,” katanya memetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields petang semalam.

Turut hadir, pengarah filem Syamsul Yusof, pelawak Shahrol Azizie Azmi atau Shahrol Shiro, dan beberapa penyokong serta ahli Semboyan Malaysia untuk membuat laporan terhadap pemilik kelab tersebut.

Mengulas lanjut Yusuf menegaskan, seandainya premis itu dibenarkan terus beroperasi, pihaknya akan mengadakan mogok di hadapan kelab tersebut sehingga ia ditutup.

“Kalau kelab itu dibuka semula kita akan buat mogok di hadapan kedai sehingga ia ditutup. Kita buat ini demi agama, bukan handak pecahkan kedai itu, kita juga akan duduk mogok menyatakan ketidakpuasan hati.

“Kita orang Islam ini banyak berbudi bicara kita tak suka bergaduh, kita tak suka berbahas. Tetapi, janganlah pijak kepala kita,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: