Bisnes

Lotus’s Malaysia membawa kembali #ImbasBalik Harga 2019 bantu pengguna hadapi tekanan inflasi

KUALA LUMPUR – Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) memperkenalkan fasa kedua kempen #ImbasBalik Harga 2019 di kesemua 64 stornya. Kempen in menawarkan pengguna harga pra-covid untuk lebih daripada 500 jenis produk, memberikan pengguna penjimatan yang lebih besar.


Kempen Lotus’s #ImbasBalik Harga 2019 (2.0) telah dilancarkan pada 20 Jun 2022 dan akan berakhir pada 2 Oktober 2022. Produk yang ditawarkan termasuk barangan runcit makanan, minuman, alat tulis, barangan elektrik dan peralatan dapur. Tawaran ini boleh dinikmati di kesemua stor Lotus’s, Lotus’s Shop Online dan platform penghantaran dalam talian seperti HappyFresh, Foodpanda and Grab.


Rangkaian pasaraya besar Lotus’s pertama kali memperkenalkan kempen #ImbasBalik Harga 2019 (1.0) pada bulan April 2022 semasa tempoh Ramadan-Hari Raya. Lotus’s telah melabur dalam harga lebih rendah untuk 20 jenis barangan untuk membawa keceriaan kepada para pelanggan yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri selepas dua tahun mengalami perintah berkurung akibat Covid-19.

“Pengguna kini lebih berhati-hati dengan perbelanjaan mereka untuk mengatasi peningkatan kos sara hidup. Berikutan sambutan yang positif daripada pelanggan kami semasa fasa pertama kempen ini, kami membuat keputusan untuk membawa kembali #ImbasBalik Harga 2019, dan kali ini menawarkan pilihan produk yang lebih meluas. Selain itu, pelanggan Lotus’s yang merupakan ahli MyLotus’s boleh mengumpul mata ganjaran untuk setiap pembelian dan seterusnya boleh menikmati lebih penjimatan apabila mereka menebus mata ganjaran mereka melalui Aplikasi Lotus’s Malaysia,” kata Vivian Yap, Pengarah Eksekutif Pelanggan, Lotus’s Malaysia.


Melalui kempen #ImbasBalik Harga 2019, pelanggan yang membuat pembelian di Lotus’s semasa tempoh promosi akan dapat menikmati harga diskaun dengan penjimatan sehingga 20%.

Lotus’s kini juga sedang menjalankan Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda dengan kerjasama Halal Development Corporation (HDC) untuk meningkatkan kebolehpasaran produk Halal buatan Malaysia, sebuah program di bawah Inisiatif Bajet 2022, sehingga akhir bulan Julai 2022.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: