Terkini

Kaji semula ‘GEG’

Kuala Lumpur – Malaysia Retail Electronic Cigarette Association (MRECA) hari ini berkata Kerajaan perlu kaji semula ‘GEG’ yang diperuntukkan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentangkan untuk bacaan pertama dalam sesi Parlimen yang akan melarang sesiapa yang dilahirkan selepas 1 Januari 2007 untuk menggunakan vape.

Datuk Adzwan Ab Manas, Presiden MRECA berkata, “Polisi ini perlu dikaji semula. Rang undang-undang tersebut bukan sekadar melarang penjualan kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 1 Januari 2007, malah sesiapa yang dilahirkan selepas tarikh tersebut turut tidak dapat bekerja dalam mana-mana kedai atau syarikat yang menjual atau mengedar produk vape. Ini adalah suatu yang akan membebankan pemain industri nanti dalam mencari pekerja.”

Datuk Adzwan turut berkata RUU tersebut menyentuh beberapa tafsiran yang menyamakan rokok dan vape walaupun kedua-kedua produk tersebut adalah berbeza.

“Banyak yang perlu disemak semula. Merokok bukannya menggunakan vape tetapi dalam RUU tersebut, penggunaan vape disamakan sebagai perbuatan merokok dalam tafsirannya. Ini memberikan mesej yang sangat salah kepada pengguna vape dan orang ramai. Malah, bahan kandungan produk vape juga tidak patut ditafsirkan sebagai bahan merokok kerana produk vape atau kandungannya tidak berkaitan dengan rokok langsung,” katanya.

“Kerajaan sepatutnya ambil langkah membezakan vape dan rokok dalam RUU ini. Ini adalah sesuatu yang juga telah dibincang bersama pada sesi libat urus bersama Menteri Kesihatan baru-baru ini,” tambah Datuk Adzwan.

“Di negara-negara lain seperti New Zealand dan UK, peraturan dan tafsiran untuk vape adalah berbeza dengan rokok. Ini adalah kerana negara tersebut mengambil langkah untuk mengurangkan kemudaratan merokok dengan menjadikan vape sebagai alat berhenti merokok. Malah negara tersebut menyaran perokok untuk berhenti merokok melalui vape,” kata Datuk Adzwan lagi.

MRECA memohon agar Kerajaan dan Ahli-Ahli Parlimen untuk menyemak semula RUU ini kerana ia akan mempunyai kesan yang besar kepada semua pemain dalam industri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: