Kuala Lumpur – Roadshow HONOR Magic V6 bermula di Sunway Pyramid semalam, memberi peluang kepada rakyat Malaysia menguji sendiri ketahanan Super Steel Hinge yang menerajui industri pada peranti boleh lipat tersebut. Roadshow HONOR Magic V6 juga akan bermula di Pavilion Bukit Jalil esok.
Selain ketahanan luar biasa HONOR Magic V6, pengunjung juga boleh menyaksikan keupayaan kalis air yang unggul serta ciri Cross-OS Connectivity yang lancar. Berlangsung dari sekarang hingga 21 Jun, kedua-dua roadshow ini turut menawarkan hadiah menarik kepada peserta yang melengkapkan aktiviti di zon pengalaman, selain peluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai keseluruhan sehingga RM130,000.

HONOR Magic V6 telah mencuri perhatian rakyat Malaysia menerusi ketahanan yang memecahkan rekod, bateri terbesar dalam kelasnya, pemproses Snapdragon bertaraf flagship, keupayaan AI untuk multitugasan yang canggih serta sambungan terkemuka industri dengan peranti Apple, menjadikannya antara telefon boleh lipat yang paling mendapat permintaan. Berikut adalah aktiviti yang tersedia di zon pengalaman:
Cabaran Pull-Up Bar 30 Saat
HONOR Magic V6 diubah menjadi palang pull-up, membolehkan pelanggan merasai sendiri kekuatan luar biasa Super Steel Hinge yang mempunyai kekuatan tegangan mengagumkan sehingga 2,800MPa. Peserta yang berjaya menyempurnakan cabaran bergantung selama 30 saat akan menerima PAYUNG HONOR secara PERCUMA, selagi stok masih ada.
Ketahanan Air IP68 dan IP69
Alami sendiri ketahanan air dan habuk bertaraf IP68 dan IP69 pada HONOR Magic V6 menerusi cabaran menarik ini. Peserta perlu mencedok guli seberat antara 650g hingga 680g dari dalam tangki air dalam tempoh 10 saat untuk menerima HONOR Gift Diffuser secara percuma. Selain itu, khas pada Sabtu dan Ahad ini, peserta yang berjaya mencapai cabaran 666g berpeluang membawa pulang HONOR Pad 10 WiFi secara PERCUMA, tertakluk kepada terma dan syarat serta selagi stok masih ada.
Pengalaman Sambungan iOS
Di zon ini, pelanggan boleh melihat bagaimana HONOR Magic V6 berfungsi dengan lancar bersama peranti Apple melalui teknologi Cross-OS Connectivity. Mereka boleh memindahkan foto ke HONOR Magic V6 dan terus menghantarnya ke MacBook, serta menerima salinan foto bercetak secara percuma, sekali gus menunjukkan keupayaan sambungan yang mudah merentas ekosistem berbeza.

Belanja dan Menang Hadiah Cabutan Bertuah Bernilai Keseluruhan RM130,000
Bagi menambah keterujaan, pelanggan yang berbelanja RM999 atau lebih dalam satu resit untuk pembelian HONOR Magic V6 dan mana-mana produk HONOR sepanjang tempoh roadshow layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan bernilai RM130,000.
Tiga pemenang bertuah akan membawa pulang HONOR Pad 10 5G sebagai Hadiah Utama, manakala lima pemenang Hadiah Kedua akan menerima HONOR Watch 5 Ultra. Selain itu, 10 pemenang Hadiah Ketiga akan memenangi HONOR Pad X7. Pelbagai hadiah saguhati turut disediakan bagi memberi lebih ramai pelanggan peluang untuk menang.


Seterusnya! Roadshow HONOR Magic V6 Akan Ke Pulau Pinang dan Johor Bahru
Selepas roadshow di Sunway Pyramid dan Pavilion Bukit Jalil, HONOR akan meneruskan pengalaman Magic V6 ke Pulau Pinang pada bulan Julai, diikuti Johor Bahru pada bulan Ogos. Orang ramai boleh mengunjungi roadshow di lokasi dan tarikh berikut:
• Sunway Pyramid, Selangor – 15 hingga 21 Jun
• Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur – 17 hingga 21 Jun
• Queensbay Mall, Pulau Pinang – 22 hingga 26 Julai
• Mid Valley Southkey, Johor Bahru – 3 hingga 9 Ogos


Untuk maklumat terkini, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari www.honor.com/my/.
