img-02172e78-4341-44c4-ad31-2bd67d9b510a

Kuala Lumpur – Scoot, anak syarikat tambang murah Singapore Airlines (SIA), hari ini mengumumkan kolaborasi dengan Sony Pictures bagi filem Spider-Man: Brand New Day.

Sehingga 13 September 2026, adiwira kesayangan ramai ini bakal membuat penampilan istimewa di dua buah pesawat Scoot, Airbus A321neo dan Boeing 787 Dreamliner, memberikan penumpang peluang pengalaman penerbangan unik bertemakan filem ikonik menerusi penerbangan jarak dekat, sederhana dan jauh. Pesawat bertema ini akan dihiasi dengan pelekat dan sarung penyandar kepala khas, serta menampilkan muzik daripada filem Sony Pictures’ Spider-Man: Brand New Day. Para penumpang juga berpeluang menerima barangan eksklusif seperti tag bagasi atau beg eko boleh dilipat sebagai hadiah dengan setiap pembelian di dalam pesawat, tertakluk kepada terma dan syarat.

Penerbangan sulung pesawat bertema ini dijadualkan akan dikendalikan oleh Boeing 787 Dreamliner ke Tokyo (Haneda) pada 30 Jun 2026 dan Airbus A321neo ke Chiang Mai pada 1 Julai 2026. Berikutan itu, kedua-dua pesawat bertema ini akan dijadualkan untuk penerbangan ke bandar-bandar terpilih di Australia, China, Jepun, Filipina dan Thailand.

Sebagai sebahagian daripada operasi penerbangan lazim, pesawat bertema ini akan turut beroperasi di laluan yang dikendalikan oleh jenis pesawat yang sama. Ini bermakna penumpang yang tidak secara khusus menempah penerbangan untuk laluan yang dijadualkan berpeluang menaiki salah sebuah pesawat bertema eksklusif ini, sekali gus menambah elemen kejutan serta keterujaan dalam pengalaman perjalanan mereka bersama Scoot.

Bagi menawarkan penumpang pengalaman imersif yang menyeluruh, perjalanan Spider-Man: Brand New Day bersama Scoot akan bermula di kaunter daftar masuk Terminal 1 Lapangan Terbang Changi Singapura yang akan dihiasi dengan dekorasi Spider-Man.

“Kami amat teruja untuk membawa pengalaman penerbangan imersif yang sukar dilupakan kepada penumpang kami menerusi kolaborasi bersama Spider-Man: Brand New Day oleh Sony Pictures. Di samping usaha berterusan kami untuk menawarkan perkhidmatan berkualiti dengan nilai terbaik, kolaborasi ini mencerminkan komitmen Scoot untuk terus meneroka sempadan baharu serta mencari pendekatan inovatif dalam memberikan pengalaman yang lebih istimewa kepada pelanggan kami,” kata Encik Calvin Chan, Ketua Pegawai Komersial, Scoot.

Pesawat bertema ini ditandakan di laman web, aplikasi mudah alih dan program WeChat Mini Scoot untuk tempahan. Jadual penerbangan pesawat bertema ini bakal dipaparkan di laman web Scoot dan tertakluk kepada kelulusan kerajaan dan badan kawal selia atau sebarang perubahan. Untuk mendapatkan maklumat terkini dan tambahan mengenai kolaborasi masa terhad Spider-Man: Brand New Day bersama Scoot dan jadual penerbangan, sila layari www.flyscoot.com.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading