Kuala Lumpur – Merujuk kepada Rang Undang-Undang Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022 (RU) yang telah dibentangkan dan dibaca kali pertama di Parlimen pada 26 Julai 2022, Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial, Parlimen Keempat Belas (JKPK) berharap bahawa pihak JKPK diberi peluang untuk menilai.
Penilaian itu meliputi sama ada larangan, liabiliti seta penguatkuasaan RUU yang hendak diperkenalkan menerusi RU tersebut adalah selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Convention on the Rights of the Child), yang telah diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 1995.
JKPK menghargai aspirasi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencapai Generational End Game bag produk tembakau demi kesihatan rakyat Malaysia, namun, pihak JKPK khuatir bahawa fasal-fasal tentang penguatkuasaan RUU tersebut akan
membuka ruang untuk penyalahgunaan dan salah tafsir serta hukuman yang tidak setimpal
dengan kesalahan.
Selain daripada itu, fasal 24 akan memberi kuasa kepada menteri untuk melantik mana-mana orang untuk menjadi pegawai dalam penguatkuasaan akta tersebut.
Pihak JKPK juga menyuarakan kebimbangan atas skop kuasa pegawai tersebut, di mana orang yang diberi kuasa boleh menyiasat, memasuki premis, mengambil sampel, memberhentikan, mengeledah, dan menyita dengan atau tanpa waran dan sebagainya, seperti yang diperuntukkan di bawah fasal 24, fasal 26, fasal 27, fasal 28, fasal 32 dan fasal 33.
“JKPK turut menyatakan kegusaran kerana penguatkuasaan ini melibatkan golongan bawah umur dan pengendalian golongan ini memerlukan pegawai yang terlatih dan mempunyai sensitiviti kanak-kanak, selaras dengan norma antarabangsa.
“Fasal 54(1 (b) berkenaan kompaun kesalahan juga perl diteliti dengan lebih mendalam atas implikasinya ke atas golongan bawah umur,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.