KUALA LUMPUR – Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) bersama Mondelēz International (Malaysia) melalui jenamanya Cadbury Dairy Milk dan Food Aid Foundation terus menzahirkan belas ihsan dengan mengadakan satu sesi memasak secara beramai-ramai di Lotus’s Cheras untuk kumpulan yang tidak berdaya.
Selaras dengan semangat #KitakanJiran Lotus’s yang mementingkan kesejahteraan masyarakat dan menyokong kempen Cadbury Dairy Milk’s #CadburyHuggingBar, ketiga-tiga organisasi itu menyediakan dan mengagihkan lebih daripada 500 pek makanan yang dimasak sendiri oleh sukarelawan-sukarelawan yang hadir. Inisiatif ini diilhamkan oleh sesi memasak juadah berbuka
puasa yang telah dijalankan Lotus’s pada bulan April yang lalu sempena bulan Ramadan. Ianya
diharapkan agar dapat menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia yang lain untuk terus
berkongsi rezeki dan menyebarkan kebaikan sebagai satu Keluarga Malaysia.
Selain itu, 100 pek yang diisi dengan barangan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu turut
diagihkan kepada penerima-penerima bantuan yang dikenalpasti oleh Food Aid Foundation,
bagi memenuhi keperluan mereka disamping meringankan beban kenaikan kos barangan. Jenis
barangan yang disediakan termasuk beras, tepung, biskut dan lain-lain.
“Kami faham bahawa ramai kini rasa tertekan akibat inflasi dan lebih berwaspada dengan
perbelanjaan mereka untuk menangani peningkatan kos sara hidup. Initiatif ini merupakan
salah satu dari niat dan usaha kami sebagai sebuah warga korporat yang bertanggungjawab
untuk membawa kecerian dalam kehidupan mereka dan serba sedikit membantu meringankan
beban yang dirasakan oleh kebanyakan keluarga B40 dan golongan gelandangan”, kata Azliza
Azmel, Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat, Lotus’s Malaysia.
Dalam merealisasikan inisiatif ini, Cadbury Dairy Milk melalui kempen #CadburyHuggingBar
telah memperkenalkan siri bar coklat khas 160-gram bagi menyokong matlamat mereka untuk
menyebarkan kebaikan dan kegembiraan. Coklat yang direka khas ini boleh didapati di kesemua
64 stor Lotus’s. Untuk setiap satu produk Cadbury Dairy Milk yang dibeli oleh pelanggan,
RM0.50 akan disalurkan kepada Food Aid Foundation.
“Di Cadbury, sikap bermurah hati adalah sebahagian dari DNA kami. Kempen CadburyHuggingBar pada tahun ini adalah kesinambungan daripada inisitif Generosity Cadbury Milk yang telah dijalankan di Malaysia selama beberapa tahun untuk memberi sokongan kepada komuniti yang paling memerlukannya. Kami ingin menyebarkan mesej kepada semua rakyat Malaysia bahawa ia hanya memerlukan usaha yang kecil untuk memberi impak besar dalam kehidupan seseorang, dan kami mengucapkan terima kasih atas peranan mereka dalam menjayakannya,” kata Arpan Sur, Pengarah Pemasaran untuk Malaysia, Singapore and AMEA Exports, Mondelēz International.
Dr. Dalphine Ong, CEO, Food Aid Foundation, turut berkata, “Bagi pihak komuniti penerima,
kami amat berterima kasih kepada pihak Lotus’s Malaysia dan Cadbury Dairy Milk kerana sudi
melibatkan Food Aid Foundation dalam menganjurkan sesi memasak dan pengagihan bekalan
makanan asas yang sangat diperlukan. Bagi memenuhi keperluan nutrisi mereka, menu yang
disediakan direka khas untuk memenuhi keperluan pemakanan penerima”.
Seramai 40 sukarelawan dari Lotus’s Malaysia, Cadbury Dairy Milk dan Food Aid Foundation
mengambil masa selama 6 jam untuk menyediakan 80-kilogram bahan-bahan memasak yang
terdiri daripada ayam dan sayur-sayuran termasuk nasi. Juadah yang disediakan kemudiannya
diedarkan kepada to PJ Caring Home, Yayasan Sunbeam, Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia dan
Pusat Transit Gelandangan.
Lotus’s Malaysia juga meneruskan komitmennya untuk menyalurkan barangan makanan yang
selamat untuk dimakan dan tidak terjual dari 64 stornya di seluruh Semenanjung Malaysia
setiap hari kepada Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen. Bekalan makanan seperti
sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan roti itu akan diagihkan kepada mereka yang kurang
bernasib baik di seluruh negara.