Bisnes

AirAsia Aviation Group Limited umum dua ahli lembaga pengarah baharu, tambah nilai strategik

SEPANG – AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL), syarikat induk kumpulan syarikat penerbangan Capital A, mengumumkan penambahan ahli lembaga pengarahnya dengan pelantikan Encik Thandalam Veeravalli Thirumala Chari dan Cik Khoo Gaik Bee sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas.

Penambahan dua ahli lembaga pengarah baharu ini akan menambah kepakaran dalam AAAGL sejajar dengan usahanya untuk memperkukuh komposisi lembaga pengarahnya. Kumpulan syarikat penerbangan itu baru-baru ini mencatatkan peningkatan prestasi yang ketara dalam semua metrik utama, termasuk peningkatan sebanyak 633% dalam bilangan penumpang dan faktor muatan sebanyak 84% pada suku kedua tahun ini sama seperti tahap pra-pandemik. AAAGL kini berada di landasan yang tepat untuk kembali kepada kapasiti 100% pada laluan paling popularnya menjelang suku pertama tahun 2023.

Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Pengerusi AAAGL berkata: “Kami berbesar hati untuk mengumumkan pelantikan dua ahli lembaga pengarah baharu, Encik Chari dan Cik Khoo, yang mempunyai pelbagai kepakaran selaras dengan tumpuan berterusan kami dalam tadbir urus, modal insan dan kepelbagaian. Kedua-duanya mempunyai lebih 40 tahun pengalaman yang tidak ternilai dalam bidang kewangan, teknologi dan sumber manusia yang penting untuk memacu dan membangunkan syarikat penerbangan digital kami untuk semua.”

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AAAGL berkata: “Kekuatan gabungan ahli lembaga pengarah baharu yang dibentuk ini juga adalah usaha AAAGL untuk memberikan pulangan positif kepada pemegang saham kami dan yang paling penting, menawarkan lebih nilai kepada tetamu kami. Ini adalah tempoh yang terbaik untuk menyertai syarikat ini kerana sempadan dunia kini dibuka semula dan kami percaya dapat memberi sumbangan kepada sektor pelancongan dan ekonomi tempatan dan antarabangsa di semua pasaran utama kami.”

Selain dua pengarah baharu, ahli lembaga pengarah AAAGL terdiri daripada Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Suvabha Charoenying, Lim Serh Ghee, Francisco Ed. Lim, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria dan Tharumalingam a/l Kanagalingam.

Encik Thandalam Veeravalli Thirumala Chari, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Encik Chari ialah seorang profesional kewangan dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam sektor Teknologi dan Telekom di seluruh Asia Pasifik. 

Beliau telah berjaya menyelia transformasi strategik beberapa buah organisasi dan menerima anugerah bagi keuntungan tertinggi dan pulangan atas modal yang dilaburkan (ROIC) dalam industri.

Selepas berkhidmat selama 20 tahun bersama Hewlett Packard dalam peranan kanan Unit Perniagaan dan sembilan tahun dengan Kumpulan Axiata sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Celcom dan Axiata, beliau kini berkhidmat sebagai perunding kepada penyedia infrastruktur nasional, kumpulan perladangan serta syarikat forensik dan penilaian global. Beliau juga telah berunding dengan syarikat lapangan terbang yang tersenarai, penyepadu sistem global dan entiti pembuatan semikonduktor.

Encik Chari memegang ijazah MBA daripada State University of New York di Buffalo, ahli Fellow Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah UK (CIMA), dan ahli Akauntan Bertauliah India. 

Cik Khoo Gaik Bee,  Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Cik Khoo Gaik Bee mempunyai kelayakan yang kukuh dan membawa banyak pengalaman daripada kerjaya progresif selama 40 tahun yang merangkumi keseluruhan spektrum Pengurusan Sumber Manusia.

Pada empat tahun pertama, beliau berkhidmat di Lembaga Berkanun Kerajaan Singapura, diikuti dengan kerjaya sebagai perunding sumber manusia di sebuah firma perunding antarabangsa.

Selepas itu, beliau berpindah ke fungsi pengurusan sumber manusia kumpulan sebuah konglomerat tersenarai awam dalam pembinaan, pembangunan hartanah, pendidikan dan kesihatan. Beliau juga memainkan peranan penting dalam menjayakan latihan penggabungan dan pemerolehan untuk syarikat tersebut di mana beliau mengetuai rundingan dengan kesatuan pekerja yang ditubuhkan untuk mencapai objektif penggabungan.

Semasa berkhidmat, beliau adalah ahli Majlis Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan ahli panel Mahkamah Perusahaan Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Akreditasi Program Pensijilan Pengurus Profesional Institut Pengurusan Wanita (WIM).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: