Politik

Najib dihantar ke Penjara Kajang semula

Kuala Lumpur – Bekas perdana menteri Najib Razak dihantar semula ke Penjara Kajang hari ini selepas menjalani rawatan dan pemantauan kesihatan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) di Kuala Lumpur.

HRC dalam satu kenyataan berkata pakar perunding perubatan dari Hospital Kuala Lumpur dan HRC telah memberikan pelepasan perubatan dan membenarkan beliau dihantar semula ke penjara.

Menurut HRC, sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Isnin lepas, ahli Parlimen Pekan itu telah menjalani beberapa pemeriksaan dan rawatan rehabilitasi.

“Hasil pemeriksaan terkini yang telah dilakukan terhadap beliau oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi HRC mendapati tahap kesihatan beliau kini berada dalam keadaan yang baik.

“Beliau juga telah diberikan tunjuk ajar oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi HRC dan boleh menjalankan latihan teknik senaman secara kendiri,” kata HRC.

Menurut HRC, pakar perunding yang berkaitan juga mengadakan sidang keluarga bersama Najib dan ahli keluarga terdekat, dengan mereka telah dimaklumkan situasi terkini keadaan kesihatan serta pelan pemantauan kesihatan bekas perdana menteri itu.

“Bersesuaian dengan matlamat HRC, kami akan terus komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan bagi memastikan pesakit yang dirawat di sini dapat mencapai tahap potensi yang optimum dan membolehkan seseorang individu mencapai tahap kefungsian yang maksimum,” menurut kenyataan itu.

Najib dihantar ke Penjara Kajang, 23 Ogos lepas selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya kerana menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Pada 12 September lepas, Jabatan Penjara memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan supaya Najib dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setelah dimaklumkan keadaan kesihatan beliau tidak memuaskan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: