Terkini

MR D.I.Y. sumbang barangan keperluan harian kepada kanak-kanak di Selangor & Sabah

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak di sebuah rumah anak yatim, Rumah Anak Kesayanganku (Barokah) di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor baru-baru ini menerima bantuan yang amat diperlukan apabila peruncit perkakas rumah, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad [MR D.I.Y.] menyampaikan beberapa barangan keperluan bagi membantu memenuhi keperluan harian rumah kebajikan tersebut.

Peruncit tersebut telah menggerakkan pasukan sukarelawan MR.DIY Cares untuk mengendalikan pemilihan peralatan pembersihan dan detergen, barangan keperluan diri, serta barangan runcit untuk membantu lebih 120 anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan itu.

Penjaga rumah kebajikan tersebut, Ustaz Malik Raswan, meluahkan penghargaan dan menyatakan bahawa sumbangan tersebut datang tepat pada masanya memandangkan sumbangan orang ramai yang amat diharapkan oleh rumah kebajikan itu telah jauh berkurangan sejak pandemik COVID-19 bermula. Beliau berharap lebih ramai penderma akan tampil untuk membantu rumah-rumah kebajikan sedemikian yang bergantung kepada bantuan orang ramai.

Dalam sebuah program berasingan, 50 pelajar sekolah rendah dari Darjah 4 hingga 6 di Sekolah Kebangsaan Bolong, Tuaran, Sabah telah menikmati pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna dalam kem motivasi OutREACH SK Bolong oleh Kelab Pembangunan Kemahiran Sosial Kanak-Kanak Sekolah Luar Bandar dan Pedalaman Malaysia (REACH) yang disokong oleh MR D.I.Y. dan Perpustakaan Negeri Sabah [PNS].

Kem tersebut yang menerima sokongan pejabat Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, menyaksikan 25 fasilitator belia dari pelbagai daerah di negeri tersebut berkumpul untuk menjalani siri modul “Belajar dengan Bermain” yang interaktif. MR D.I.Y. menyumbangkan barangan keperluan aktiviti yang digunakan dalam modul-modul pembelajaran tersebut yang menyokong Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (MEB) 2013 – 2025. Modul-modul tersebut menumpukan kepada penguasaan enam kemahiran pembelajaran utama iaitu Pengetahuan, Kelancaran Dwibahasa, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Kepimpinan, Etika, dan Kerohanian & Identiti Nasional.

Mengulas tentang kedua-dua program itu, Pengerusi Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad, Dato’ Azlam Shah Alias berkata “Walaupun situasi kini hampir kembali kepada normal, sesetengah rumah kebajikan masih menghadapi kesukaran kerana mereka mengharapkan sumbangan orang ramai untuk terus beroperasi bagi membantu golongan yang amat memerlukan. Ini merupakan satu situasi yang sangat mencabar untuk rumah-rumah kebajikan ini dan golongan yang bergantung kepada mereka. Selain itu, banyak organisasi yang menjalankan program-program khidmat masyarakat juga memerlukan bantuan apabila kanak-kanak kembali ke sekolah dan perlu segera mengikuti segala pelajaran yang
telah ketinggalan.

“Di MR D.I.Y., kami percaya bahawa sebagai jenama kelahiran Malaysia dan peruncit terkemuka, kami boleh menghasilkan impak yang positif dengan menyumbangkan barangan keperluan harian dan bahan-bahan yang diperlukan untuk program-program pembelajaran. Kami berharap dengan berbuat demikian, kami bukan sahaja dapat menghasilkan impak yang positif, tetapi juga memberi inspirasi kepada syarikat-syarikat korporat lain untuk mengambil inisiatif yang sama. Bersama-sama, kita boleh
menghasilkan perubahan yang sebenar.”

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari http://www.mrdiy.com, platform e-dagang,
www.mrdiy.com.my, Facebook, dan Instagram.

Para sukarelawan MR.DIY Cares bersama barangan keperluan harian dan bantuan makanan di Rumah Anak Kesayanganku (Barokah) Bukit Beruntung, Rawang, Selangor

MR D.I.Y. menyumbangkab barangan untuk kegunaan aktiviti modul-modul pembelajaran dalam kem motivasi anjuran REACH di SK Bolong, Tuaran, Sabah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: