Bisnes

ABX Express Dijenamakan Semula Menjadi KEX Express di Malaysia

KUALA LUMPUR – ABX Express, penyedia perkhidmatan kurier yang telah beroperasi di Malaysia selama 38 tahun mengumumkan penjenamaan semulanya hari ini. Penjenamaan semula ini menyaksikan syarikat tersebut kini dikenali sebagai KEX Express di Malaysia, yang pada masa sama menyediakan pilihan destinasi antarabangsa, selain laluan domestik sedia ada.

Diperbadankan pada tahun 1984 di Malaysia Timur, ABX Express adalah jenama tempatan yang mengkhususkan kepada penghantaran capaian akhir (last mile) dalam pasaran domestik. Pada tahun 2015, syarikat ini menjadi sebahagian daripada Kerry Logistics Network, sebuah syarikat logistik antarabangsa yang terbesar di Asia, yang tersenarai dalam Bursa Saham Hong Kong.

“Penjenamaan semula ini adalah satu peristiwa penting bagi kami. Penjenamaan semula ABX Express kepada KEX Express pada hari ini adalah kemuncak kepada peranan yang kami mainkan di bawah Kerry Logistics Network (KLN). Ia juga merupakan pelaburan dan kerjasama strategik antara SF Group dan Kerry Logistics Network (KLN) pada tahun lepas. Gabungan ini membolehkan KEX Express memiliki akses pantas kepada rangkaian global KLN yang meluas dan set tawaran ekspres antarabangsa yang lengkap khususnya ke China dan negara-negara di Asia,” kata Richard Lui, Pengurus Besar Kanan, KEX Express Malaysia.

KEX Express kini menawarkan perkhidmatan penghantaran ekspres antarabangsa ke lebih 225 negara dari Malaysia. Pemilik akaun kredit sedia ada dan juga pelanggan yang datang ke mana-mana cawangan kedai KEX Express di seluruh negara boleh menggunakan perkhidmatan ini.

“Menggabungkan pengalaman perkhidmatan kurier ekspres kepada rakyat Malaysia sejak 1984, dan rangkaian luas KLN Group, matlamat kami adalah untuk menjadi rakan logistik yang boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia, yang menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspres yang lancar dan mudah untuk syarikat-syarikat perniagaan, dan juga keperluan penghantaran peribadi ke destinasi-destinasi tempatan dan antarabangsa,” tambah Lui.

KEX Express memiliki lebih 700 service touchpoints di seluruh negara, dengan lebih 3,000 kakitangan yang menyediakan keperluan penghantaran ekspres kepada rakyat Malaysia. Pada masa ini, KEX Express mempunyai rangkaian liputan paling meluas dalam industri penghantaran ekspres di Malaysia Timur.

“Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa mendengar luahan pelanggannya, KEX Express mengamalkan budaya keterbukaan untuk berkembang dan berinovasi. Ini bermakna kami perlu sentiasa mengambil tahu keperluan pelanggan kami bagi memastikan kecemerlangan dan kecekapan operasi yang konsisten dalam semua yang kami lakukan apabila memberi perkhidmatan kepada pelanggan,” kata Lui.

Perkhidmatan yang konsisten di KEX Express sangat berkait rapat dengan pelaburan aset dalam syarikat. Menurut Lui, syarikat telah banyak membuat pelaburan dalam hab automasi, infrastruktur IT dan pengembangan pasukan sejak lima tahun lalu.

“Pada masa ini, kami menyediakan perkhidmatan yang boleh disesuaikan kepada pelanggan utama kami. Ini bertepatan dengan matlamat kami untuk bekerjasama secara konsisten dengan pelanggan kami untuk membangunkan perniagaan mereka. Pada masa akan datang, kami di KEX Express akan terus mengenal pasti, melaksanakan dan mengguna pakai idea inovatif yang boleh memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah,” tambah Lui.

Menurut Lui, KEX Express akan memberi tumpuan kepada 3 perkara berikut, sebagai sebahagian daripada komitmen mereka dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia bagi penghantaran ekspres domestik:-

  • Pembayaran digital untuk Cash on Delivery (COD) dan Freight on Delivery (FOD)
    • KEX Express merupakan perintis untuk menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai bagi penghantaran ekspres tempatan
    • COD digital membolehkan penerima mana-mana bungkusan membuat pembayaran produk menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja menerima bungkusan pos.
    • Untuk FOD digital pula, ia membolehkan penerima mana-mana bungkusan untuk membuat pembayaran untuk kos penghantaran menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja bungkusan pos tiba.
    • Tiada kuantiti minimum untuk jumlah bungkusan pos bagi pelanggan yang memilih pilihan pembayaran ini. Semua pelanggan yang datang ke mana-mana kedai KEX Express dialu-alukan untuk menggunakan tawaran ini.
  • Pusat Penjual (Seller Centre)
    • Pusat Penjual merupakan platform penghantaran semua dalam satu yang khusus untuk penjual.
    • Ia mengintegrasikan portal beli-belah dalam talian KEX Express (Smartship Web) dan sokongan khidmat pelanggan kepada pemilik akaun KEX Express melibatkan keperluan penghantaran (cth. tempahan, pengambilan bungkusan, cetakan label jejak penghantaran dan pertanyaan kos dll.)
    • Ini membolehkan pengalaman dalam talian ke luar talian (O2O) yang lebih lancar untuk klien KEX Express.
  • Mengoptimumkan Laluan Perjalanan (Route Optimisation)
    • KEX Express ini dalam proses mengoptimumkan sistem penghalaan untuk laluan penghantarannya (delivery routing system) menggunakan algoritma dan data besar.
    • Laluan penghantaran terbaik boleh dikira melalui jarak perjalanan dan keadaan trafik menggunakan teknologi awan.
    • Ini memperkemaskan lagi proses perancangan perjalanan, pada masa sama menyediakan penghantaran yang efisien dan tepat pada waktunya kepada pelanggan KEX Express.

Penjenamaan semula ini menyaksikan ABX Express berubah menjadi KEX Express, dengan penggunaan logo di bawah dalam segenap aspek – termasuk papan tanda di semua kedai KEX Express di seluruh Malaysia dan juga lebih 2,500 trak penghantraan yang beroperasi secara harian di seluruh negara:-

Sempena pengumuman penjenamaan semula ini, KEX Express menawarkan diskaun promosi untuk pelbagai destinasi popular tempatan dan antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai KEX Express, sila layari  my.kex-express.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: