Hiburan

Penggusti profesional Malaysia dan antarabangsa bertemu dalam RISE

Kuala Lumpur – Ahli gusti profesional dan pengasas industri gusti di Malaysia, Ayez Shaukat Fonseka, 34, mengaku sedikit gementar apabila bakal berdepan lawannya yang juga terkenal dalam gelanggan World Wrestling Entertainment (WWE) iaitu, Tajiri atau lebih dikenali dengan gelaran  “Japanese Buzzsaw” dan Cruiserweights  pada hari pertama perlawanan.

Menurut Shaukat, sebagai seorang ahli gusti profesional yang dibesarkan dan dilahirkan di Malaysia, dia yakin dengan kebolehan yang dimiliki memandangkan ini bukanlah kali pertama dia bertemu dan berlawan dengan ahli gusti yang hebat.

Bahkan, dengan pelbagai latihan yang dilakukan di luar negara menjadikan dia lebih yakin untuk mengalahkan pihak lawan esok.

“Sebagai seorang ahli gusti pro, matlamat utama dia adalah main dengan emosi penonton bagi mereka rasa seronok, sedih dan takut. Jadi saya takut bila ke gelanggang nanti saya tak dapat nak keluarkan emosi penonton. Itu yang saya takut.

Beliau turut mengajak orang ramai melihat ‘body-slams’ dan ‘back-breaker’ pada Disember ini apabila gusti APAC menandakan kebangkitan semula dunia gusti profesional Malaysia dengan acara premium pertamanya, RISE!

“Terdapat ramai peminat Pro Wrestling dan WWE di Malaysia, dan menontonnya secara langsung dalam aksi adalah pengalaman yang berbeza daripada menonton di TV atau di YouTube, dan APAC Wrestling ingin memberikan pengalaman ini kepada peminat yang tidak dapat menonton dan menikmati gusti secara langsung seperti di Jepun atau Amerika Syarikat”, tambahnya.

Disokong oleh Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia, APAC Wrestling RISE (Freedom Fighters) juga dianjurkan bersama oleh TARO Pictures dan dipersembahkan oleh NOAHX. “Saya percaya gusti APAC akan menjadi kegemaran dan sukses yang besar di Malaysia, malah di Asia Tenggara. Ia adalah hiburan mesra keluarga, sesuai untuk semua peringkat umur, dan pangkalan peminatnya lebih besar daripada yang dijangka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif jenama itu, Aron Koh yang juga berhasrat mempromosikan APAC Wrestling ke tahap yang lebih tinggi.


RISE- Hiburan sukan yang hebat dan bakal menggegarkan akan berlangsung pada 10 dan 11 Disember, menjanjikan aksi hebat oleh pemain-pemain hebat bakat tempatan dan juga antarabangsa dari NXT, WWE dan Far East berjuang untuk menjadi orang terakhir yang kekal bertahan sehingga perlawanan di gelanggang berakhir.

Penonton juga berpeluang menyaksikan kelincahan penggusti berhijab pertama di dunia, Nor ‘Phoenix’ Diana dan pelakon lagak ngeri Azwan Razali atau nama gelanggang, Serigala.

Antara bintang antarabangsa yang akan menggegarkan Apac Wrestling RISE! adalah bekas juara WWE Cruiserweight, Tajiri dan bekas penggusti WWE dan bintang NXT, Steph De Lander.

Dua lagi bintang yang akan mencuri perhatian adalah penggusti kecil molek, Maki Itoh (All Elite Wrestling) dan Yuki Kamifuku, kedua-duanya dari Jepun.

Tiket masuk Apac Wrestling boleh ditempah di https://premier.ticketcharge.com.my/shows/show.aspx?sh=awrise22 manakala maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook Apac Wrestling.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: