Terkini

Mee Kari Opah ‘laku keras’, laris 15,000 kotak dalam 1 jam

Kuala Lumpur – Kejayaan penjualan 15,000 unit kotak Mee Kari Opah menjadi satu fenomena bagi peminat makanan tradisi rakyat Malaysia.

Tular di segenap media sosial, produk ini mendapat permintaan tinggi dan pembelian berulang membuktikan kualiti rasa sama seperti masakan opah di kampung.

Pengarah Urusan, Hadi Kaderi menyatakan rasa syukur atas penerimaan masyarakat dan berharap produk ini dapat menembusi pasaran yanag lebih luas.

“Alhamdulillah dan syukur kepada Allah swt diatas rezeki yang dikurniakan, terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa menyokong kami dari dulu hingga sekarang” katanya.

Mee Kari Opah keluaran Arwaa Food yang memasuki lebih 1 tahun dipasaran, kini terus mendapat tempat dihati peminat mee segera di Malaysia.

“Mungkin kerana Arwaa Food menyajikan ‘KEIKHLASAN’ dalam resepi kami dimana pelanggan dapat menikmati rasa mee kari yang sebenar tetapi dalam bentuk mee segera yang jauh lebih mudah dan cepat.

“Sinonim dengan peredaran zaman yang serba pantas ini, kami cuba bawakan citarasa asli air tangan “opah” tetapi dalam bentuk mee segera” tambahnya.

Menurutnya lagi, masa lebih kurang 6 bulan diambil untuk proses R&D bagi memastikan rasa dan tekstur mee yang diinginkan.

Disamping itu juga, penggunaan mee tarik yang berkhasiat menggunakan makanan sunnah seperti kurma, kismis dan saffron sebagai bahan asas dan tiada kandungan lilin mahupun asid borik.

Pengarah Urusan, Nizar Hafiz turut berkongsi mengenai perancangan menjelang tahun 2023 untuk melihat Mee Kari Opah terus berkembang lebih progresif.

“InsyaAllah kita sebenarnya sudah melakukan R&D lebih dari 5-6 rasa mee tarik bukan sahaja mee kari tetapi ada beberapa rasa lagi yang mana masih menggunakan konsep asal Arwaa Food iaitu “RASA ASLI” seperti masak sendiri.

“Jadi kami harap pelanggan sabar menanti dan sentiasa menyokong Arwaa Food” jelasnya.

Beliau juga menambah penggunaan platform sosial media adalah terbaik, mudah dan lebih cepat sampai kepada pengguna. Dengan teklnik LOW COST TETAPI HIGH RETURN, hampir 40 juta rakyat malaysia tahu akan kewujudan produk ini.

Pengarah Urusannya, Nadzmi Adhwa menjelaskan bahawa permulaan bisnes ini selepas menerima ajakan dari 2 orang sahabat untuk menerokai bidang perniagaan baru iaitu produk makanan mee segera.

Setelah berhempas pulas memikirkan idea dari segi konsep dan rasa yang ingin diketengahkan. Maka terhasillah Mee Kari Opah.

“Kami gunakan tagline yang mudah diingati dan meyakinkan pengguna iaitu “ HALAL ITU MESTI, SEDAP ITU PASTi” ujarnya.

Penjualan laris produk Mee Kari Opah secara online sehingga mencapai 15,000 kotak dalam 1 jam turut disiarkan di laman Tik Tok https://vt.tiktok.com/ZS8FR7uvR/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: