Terkini

Adabi lancar kilang baharu, tingkat pengeluaran sehingga 200 peratus

Rawang – Adabi Consumer Industries membuka sebuah lagi kilang baharu khusus mengembangkan pengeluaran dan memenuhi keperluan pasaran makanan dalam tin dan sos serta mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk masyarakat.

Ketua Pegawai Kewangan dan Strategi Kumpulan, Syed Izmal Syed Manshor berkata, berikutan pertumbuhan 2022 yang menunjukkan pertumbuhan positif, pembukaan kilang baharu ini merupakan salah satu daripada beberapa pelaburan baharu Adabi untuk memenuhi permintaan produk sedia untuk dimakan (ready-to-eat).

Ketua Pegawai Kewangan dan Strategi Kumpulan, Syed Izmal Syed Manshor

“Kilang baharu ini mampu menghasilkan lebih 200 peratus keluaran berbanding kilang kami sebelum ini dan ia mampu menampung kapasiti sebanyak 28 hingga 30 tan produk makanan sehari.

“Walaupun produk Adabi sentiasa ditawarkan pada harga yang murah, orang ramai perlu faham kenaikan harga atau kos bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia dan Adabi dengan kepakaran yang ada akan memastikan harga berpatutan dikekalkan untuk memastikan setiap pelanggan dapat menikmati produk kami dengan baik”, katanya dalam sidang akhbar selepas sesi lawatan kilang bersama petugas media.

Jelasnya lagi, antara produk makanan dalam tin keluaran kilang baharu termasuk sardin dalam sos tomato; sardin dalam sos tomato dengan cili; kari; kurma; rendang ayam dan daging; kari kambing; sambal ikan bilis/kerang/kupang; sup ayam/daging/tulang/kacang dan kuah kacang.

Produk dalam tin baharu yang akan datang meliputi pelbagai hidangan berasaskan makanan laut, daging sebagai produk sedia untuk dimakan. Manakala, produk sos keluaran kilang baharu termasuk sos tiram; sos cili; sos tomato; sos makanan laut dan sos korea.

Syed Izmal turut memaklumkan, Adabi meletakkan sasaran melebarkan pasaran ke seluruh Asean termasuk Filipina dan Vietnam serta menembusi pasaran global seperti Eropah, Afrika dan Amerika Syarikat dalam jangka masa panjang.

Kesemua produk keluaran Adabi disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), selain kilang baharu mendapat pengiktirafan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP).

HACCP ialah sistem pengurusan keselamatan makanan yang diurus melalui analisis dan kawalan bahaya biologi, kimia dan fizikal daripada pengeluaran bahan mentah, perolehan dan pengendalian serta merupakan piawaian pensijilan yang diperlukan pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Kilang baharu ini juga mempunyai sijil perakuan FSSC, iatu skim pensijilan lengkap untuk Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan dan model pensijilan yang digunakan dalam keseluruhan rantaian bekalan makanan untuk memastikan piawaian dan proses keselamatan makanan.

Tambahnya, dengan penggunaan teknologi tinggi secara langsung memastikan pengekalan kualiti produk makanan Adabi terjamin dan berupaya meningkatkan pengeluaran sebanyak lebih lima kali ganda berbanding kilang lama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: