Gaya Hidup

Reviu: Restoran Riverside WTCKL tawar sajian berbuka konsep Nostalgia Senja

KUALA LUMPUR – Ramadan adalah bulan yang dirindukan oleh setiap Muslim. Pada bulan inilah kesempatan diambil untuk beribadat dan berkumpul bersama keluarga serta berbuka puasa bersama-sama.

Tahun ini pastinya lebih istimewa apabila kita bakal berpeluang untuk kembali berkumpul dan menikmati hidangan bufet yang telah menjadi rutin tahunan majoriti rakyat Malaysia dengan pelbagai pakej dan hidangan menarik yang menjadi pilihan.

Pada tahun ini, Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, kembali mengundang pengunjung untuk mengimbas kembali nostalgia berbuka puasa di desa dengan menyajikan hidangan bufet dengan lebih 300 jenis juadah setiap hari bertemakan “Nostalgia Senja”.

Bufet Ramadan “Nostalgia Senja” akan dianjurkan di Legar bermula dari 27 Mac hingga 20 April 2023 dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam. Bufet ini berharga RM138.00 bersih bagi seorang dewasa, manakala kanak-kanak (berumur 7 – 12 tahun) dan warga emas berharga RM69.00 seorang.

Pelanggan boleh menikmati harga pembelian awal pada harga RM118.00 seorang bermula sekarang. Baucar Early Bird boleh dibeli terus dari Restoran Riverside atau hanya klik pada pautan : https://riverside.wtckl.com/

Selain itu, anda boleh membawa pulang mana-mana makanan bufet ke rumah untuk bersahur. Beli mangkuk tingkat edisi terhad WTC di kaunter dan pilih juadah yang digemari untuk dibawa pulang. Inisiatif murni ini adalah sebagai satu usaha untuk mengurangkan pembaziran makanan.

Mangkuk tingkat dijual pada harga RM59 untuk bersaiz 12 cm. Terdapat dalam pelbagai corak, anda juga membantu menyelamatkan bumi dengan mengurangkan penggunaan plastik.

Pelanggan juga boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan jugak Terawih berjemaah di Surau ArRahman yang terletak di Aras 3. Kemudahan surau yang selesa dan berhawa dingin ini mampu memuatkan seramai 100 orang jemaah dengan penjarakan sosial.

WTCKL juga menawarkan Pakej Jamuan Persendirian dan Korporat bermula dari RM148.00 seorang untuk tempahan minimum 100 orang dan ke atas. Jamuan persendirian ini akan ditempatkan di pelbagai ruang atau bilik di WTCKL untuk majlis makan yang lebih privasi dan mesra bersama keluarga, rakan atau rakan perniagaan.

Dalam menghayati semangat berkongsi dan memberi semasa bulan mulia, Briged Kulinari RSCR, yang diketuai oleh Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih, akan mempamerkan hidangan istimewa mereka yang akan menggoda deria para tetamu yang datang untuk berbuka puasa disini.

Atas permintaan ramai, RSCR berbesar hati untuk menampilkan kembali “Nasi Kandar Saddam” yang paling digemari di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada hidangan istimewa Ramadan dengan Ayam Goreng Bawang dan Daging Masak Hitam yang menyelerakan diiringi telur rebus dan pilihan sayur-sayuran.

Sementara itu, Briged Kulinari RSCR pula menyediakan sehingga 300 jenis hidangan istimewa tahun ini dengan 5 menu giliran yang merangkumi Bubur Lambuk istimewa kami, Nasi Dagang Perantauan yang wangi, Nostalgia Kambing Panggang yang lazat, Kambing Masak Pasemah yang diselitkan rempah ratus Malaysia, Sup Berempah Penawar Duka yang enak dengan pilihan terdiri dari Kambing, Daging, Perut, Ayam and Ekor. Selain dari itu, dua masakan Kampung signatur dan eksotik iaitu Ikan Patin Tempoyak dan Siput Sedut Masak Lemak turut disediakan termasuk hidangan terlaris, Nasi Ayam Istimewa Senja.

Terdapat pelbagai jenis ulam-ulaman Melayu tradisional seperti Daun Ceylon, Ulam Raja, Kacang Botol, Petai, Tomato, Timun, Daun Pegaga, Jering, Terung Pipit, Bendi, Jantung Pisang, Pucuk Ubi, Tenggek Burung, Daun Gajus, aneka jenis keropok, ikan masin, 7 jenis kerabu, tapai, Laksa, Mee Kari, Sup Berempah dan pelbagai sambal yang pasti membuatkan anda kenyang sepanjang malam.

Bagi mereka yang datang dengan memandu kenderaan, caj tempat letak kereta yang dikenakan sepanjang tempoh Ramadan (27 Mac hingga 20 April 2023) adalah RM12/ sehari dan RM 5.00 bersih setiap entri selepas jam 6 petang dan seterusnya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut , sila hubungi /emel kepada senarai tertera dibawah:

Emel untuk Bufet Ramadan ‘Nostalgia Senja’ : riverside@wtckl.com

Emel untuk Tempahan Korporat: ask@wtckl.com

Nombor Telefon: +603 2614 6999 / +603 2614 6173

WhatsApp: +6019 2678 960

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: