Terkini

Kerajaan digesa sekali lagi luluskan akta anti merokok secepat mungkin

Kuala Lumpur – Badan pemikir, Galen Centre for Health And Social Policy mengulangi gesaannya terhadap Kementerian Kesihatan supaya memastikan rang undang-undang anti-merokok untuk membasmi tabiat merokok dalam kalangan belia diluluskan.

Ia berikutan kebimbangan terhadap penjualan produk rokok elektronik atau vape yang menyasarkan kumpulan tersebut.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menyuarakan kekesalan terhadap laporan mengenai rokok elektronik yang direka menyerupai permainan kanak-kanak, dikatakan dijual di hadapan sebuah sekolah.

Namun Ketua Pegawai Eksekutif Galen Azrul Mohd Khalib berkata kenyataan Zaliha hanya sia-sia kepada pihak berkuasa kesihatan kerana Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok masih belum diluluskan di Parlimen.

“Sehingga hari ini, walaupun merupakan industri yang dianggarkan bernilai RM 2.3 bilion dan negara ini merupakan pasaran terbesar di Asia Tenggara, pemasaran dan penjualan vape serta produknya kekal tidak dikawal di Malaysia,” katanya.

“4.9% daripada populasi kini menggunakan vape dan jumlah ini meningkat dari hari ke hari.

“Akibat daripada kekurangan dari segi perundangan atau peraturan, tiada apa yang dapat menghalang, menyekat atau melarang pembuatan, pemasaran dan penjualan produk vape yang bukan sahaja sengaja direka untuk pengguna muda tetapi juga mengandungi kandungan nikotin yang tinggi.”

Di Malaysia, katanya, cecair pakai buang vape yang mengandungi sehingga 5% nikotin boleh didapati pada harga RM10 hingga RM20.

“Kepekatan yang tinggi walaupun dalam jumlah yang kecil adalah toksik kepada kanak-kanak,” tambahnya.

“Malangnya, dengan ketiadaan Rang Undang-undang Kawalan Tembakau dan Merokok, pada masa ini terdapat jurang besar dalam perundangan sedia ada berkenaan penjualan produk yang mengandungi nikotin, khususnya vape.

“Penjualan vape murah jenis pakai buang yang mengandungi kepekatan cecair nikotin yang tinggi ketika ini tidak boleh dihalang, dihadkan atau diharamkan. Sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak, boleh membelinya.”

Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bertujuan untuk menghalang mereka yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2007 daripada membeli atau memiliki produk rokok atau vape.

Ia bertujuan untuk mengelakkan generasi muda daripada tabiat merokok, dan mengurangkan kematian yang disebabkan oleh penyakit berkaitan merokok.

Digelar sebagai “Generational End Game”, ia dibentangkan oleh menteri kesihatan ketika itu Khairy Jamaluddin pada 27 Julai 2022 untuk bacaan kali pertama tetapi dibawa ke peringkat jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk diperhalusi.

Azrul dalam satu kenyataan, berkata kanak-kanak seawal 10 tahun mula ketagih nikotin.

“Inilah sebabnya Rang Undang-undang Kawalan Tembakau dan Merokok mencadangkan untuk mengawal selia industri vape dengan cara yang sama seperti industri tembakau yang dikawal pada masa ini, terutamanya mengenai pengiklanan, pemasaran, promosi dan tajaan,” katanya.

“Ia akan membantu menguasai dan mengawal selia penjualan vape yang di luar kawalan di negara ini.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: