Terkini

Bajet 2023 penuhi keperluan setiap masyarakat – PM

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Bajet 2023 yang dibentang semula bulan depan akan memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, intipati Bajet 2023 masih sedang diperincikan lagi, namun, ia tidak akan meminggirkan mana-mana pihak.

“Belum siap lagi (Bajet 2023), inilah masalahnya. Sarawak minta (peruntukan), Sabah pun minta (peruntukan).

“Di bawah (pentadbiran) saya, (M40) tidak dipinggirkan. B40 penting, tapi M40 juga kita akan berikan perhatian,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada akhir lawatan dua hari ke Brunei.

Hadir sama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Bajet 2023 akan dibentang semula di Dewan Rakyat pada 24 Februari ini susulan perubahan tampuk pentadbiran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November tahun lalu.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, Bajet 2023 yang bakal dibentang semula bulan depan tidak akan terikat dengan apa yang dibentang oleh kerajaan terdahulu pada Oktober tahun lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: