Terkini

World Saree Day Malaysia tampil budaya pakaian tradisi kaum India, tingkat kesedaran Sindrom Down

Kuala Lumpur – Pertunjukan fesyen sempena Hari Sari Malaysia Sedunia (World Saree Day Malaysia) yang akan diadakan pada 19 Mac ini bertujuan memperkenalkan keunikan dan budaya pemakaian sari di negara ini sekaligus meningkatkan kesedaran tentang Sindrom Down.

Pengarah programnya, Bkay Nair berkata acara itu, yang akan mempamerkan lebih 60 sari dari pelbagai bahan, tekstil dan reka corak, juga bertujuan mengumpul dana tambahan untuk latihan kerjaya dan perbelanjaan pembelajaran untuk penghidap Sindrom Down.

“Acara ini merupakan gabungan amal, pendidikan, budaya dan fesyen yang juga platform meraikan para wanita di Malaysia yang berbilang kaum dan latar belakang mengekalkan kepelbagaian budaya dan menggalakkan orang ramai memakai pakaian tradisional,” katanya pada sidang media hari ini.

Acara itu akan diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Berkembar Bank Rakyat mulai 2.30 petang dan ia turut menampilkan persembahan kebudayaan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

“Untuk acara ini nanti, kami akan mengetengahkan sari ‘kanchipuram’ dan ‘banarasi’, yang merupakan antara pakaian tradisional India paling mahal, kami juga akan mempersembahkan penyertaan 10 model Sindrom Down berpengalamandalam memperagakan pakaian tradisi sari ini” katanya.

Beliau berkata program amal anjuran bersama Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) itu turut mendedahkan golongan istimewa ini kepada kemahiran seperti memasak, membuat kek dan biskut dan pelbagai lagi untuk mendedahkan mereka kepada orang ramai dengan lebih yakin.

“Saya berharap acara seperti ini secara langsung dapat memberi peluang kepada PSDM untuk menunjukkan keupayaan dan potensi mereka disamping membantu masyarakat mengetahui lebih lanjut tentang tradisi dan budaya pakaian tradisional kaum India” tambahnya lagi.

Tambah Bkay, dana yang dijana akan digunakan untuk membantu persatuan mendapatkan peralatan tambahan dan untuk perbelanjaan latihan vokasional bagi terus mendidik mereka yang mengalami sindrom down agar lebih kehadapan dan mudah membawa diri melalui kemahiran yang ada.

Tetamu kehormat yang akan turut serta memberi sokongan pada majlis itu nanti adalah Menteri Sumber Manusia, YB V. Sivakumar, Timbalan Menteri Pelancongan, YB Khairl Firdaus, Pesuruhjaya Tinggi India, Bommireddy Narasimha Reddy dan YB Senator Ras Adiba Radzi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: