Shah Alam – Sans Therapeutics Berhad (STB) dengan kerjasama kolej gabungan Institut Terapeutik Bertauliah Antarabangsa (ICTI), Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), Majlis Pemerkasaan Pendidikan Negara (MPPN) serta ALPS Medical Centre, menandatangani memorandum untuk mempromosikan Konsep Keafiatan.
Dalam masa sama, turut dijalankan majlis tamat pengajian 41 graduan STB dalam Kursus Rawatan keafiatan semula jadi bagi menambahkan artisan di Malaysia.
Majlis tandatangan yang di bawah penyaksian UTMSPACE itu melibatkan keempat-empat pihak tersebut bagi mempromosikan Konsep Keafiatan serta Kursus Rawatan Keafiatan Semula Jadi dan pertukaran akademik.
Sehubungan itu, dengan kerjasama antara STB dan ALPS Medical Centre akan memperkenalkan produk penjagaan kesihatan terbaik dengan teknologi inovatif untuk merawat penyakit serta awet muda akan diperkenalkan ke pasaran.
Pengasas dan Pengarah STB, Dr Grace Tan San Chin menyatakan bahawa terdapat banyak rawatan yang kurang tepat mengakibatkan ramai pengguna salah faham tentang konsep keafiatan. Oleh itu, beliau mengambil inisiatif menubuhkan San Wellness, agar orang ramai dapat mengetahui lebih tepat berkenaan rawatan keafiatan semula jadi.
“Keafiatan sebenarnya adalah sangat mudah dan boleh dicapai melalui cara hidup yang betul dan penumpuan kepada 5 dasar kesihatan, iaitu pembersihan badan, Genki saliran limfa, cara hidup dan makan, keseimbangan badan dan minda serta nutrisi mencukupi” katanya.
Tambahnya, pemahaman tentang konsep “keafiatan” tidak boleh dicapai dalam masa yang singkat, oleh itu, beliau dan rakan sepejuangannya membawa misi ini untuk dikongsi bersama.
“Sepanjang 22 tahun yang lalu, pelbagai latihan diberikan kepada rakan kerja, bukan sahaja untuk meningkatkan ilmu pengetahuan namun servis pengguna ditingkatkan, dan kami berusaha memberi peluang perniagaan kepada orang ramai supaya mereka dapat membina kerjaya syarikat STB” jelasnya lagi.

MoU dengan empat pihak membabitkan Kolej Gabungan Institut Terapeutik Bertauliah Antarabangsa (ICTI); MTPN; Majlis Pemerkasaan Pendidikan Negara (MPPN) dan ALPS Medical Centre di Hotel Geno,Shah Alam
Kursus rawatan keafiatan semula jadi yang dianjurkan oleh ND Show Lin, Er adalah kursus yang direka khas oleh STB and UTMSPACE untuk pekerja industri kecantikan dan kesihatan. Di dalam kursus tersebut, pelajar akan mempelajari 3 tahap yang merangkumi asas rawatan semula jadi, penguasaan sistem badan manusia dan pemahaman yang lebih mendalam. Bagi peserta kursus akan memperolehi sijil pengiktirafan juru rawat semula jadi.
Dalam majlis ini juga, 41 orang peserta kursus akan menerima sijil penyertaan dan berpeluang bekerja bersama STB.
Selain itu, STB juga dianugerahkan Anugerah Jenama TOP 500 dari MTPN serta Anugerah Malaysian Influential Intellectual Property Brand Award.
Turut hadir, Pengerusi MTPN Datuk Paduka Dr. Kevy Kv Yeo, Majlis Pemerkasaan Pendidikan Negara Merangkap dan Malaysian Influential Intellectual Property Brand Award Datuk Dr. Francis Chong Han kwang, Pengarah Pembelajaran Sepanjang Hayat UTMSPACE Yang Berusaha Sr.TS Dr. Zakaria Bin Mohd Yusof dan jurucakap Sans Group merangkap bekas pemain badminton Malaysia Cik Goh Liu Ying (OLY).
Bagi 100 pendaftar pertama yang menyertai kursus ini layak mendapat latihan yang bernilai RM 8,999 secara percuma serta peluang pekerjaan yang disediakan. Jika berminat, sila hubungi Cik Yana di talian 014-6505867.