Gaya Hidup Terkini

Amway lancar Program Pengurusan Berat Badan seluruh negara, komited kawal penyakit tidak berjangkit

Petaling Jaya – Masalah berat badan berlebihan dan obesiti kini meningkat pada kadar yang membimbangkan di negara ini dengan satu daripada dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan. Ramai masih tidak menganggap obesiti sejenis penyakit meskipun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasifikasikannya sebagai penyakit kronik dan epidemik. Senario ini menyebabkan lebih ramai tidak mengambil serius mengenai masalah obesiti.

Obesiti adalah salah satu daripada cabaran kesihatan awam terbesar di Malaysia. a mencatatkan kadar prevalen tertinggi dalam kalangan orang dewasa di Asia Tenggara.

Oleh hal itu, AMWAY Malaysia komited untuk memperkukuhkan lagi usahanya dalam menangani penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease) termasuk tumpuan utamanya pada pengurusan berat badan dengan melancarkan kempen pendidikan dan kesedaran “Gut Reset-Weight Management” di seluruh negara.

Ini adalah selaras dengan usaha AMWAY Malaysia demi menyokong penekanan Malaysia ke arah penjagaan kesihatan pencegahan kerana NCD yang semakin meluas ini mengakibatkan peningkatan tekanan ke atas sistem kesihatan negara dengan kos penjagaan kesihatan yang melebihi RM9.65 bilion.

Dengan rekod peratusan penghidap penyakit diabetes, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan obesiti semakin meningkat saban tahun, inisiatif bersepadu AMWAY ini dilihat sangat membantu masalah berat badan di kalangan rakyat Malaysia.

Pengarah Urusan AMWAY Malaysia, Michael Jonathan Duong,  berkata, sebagai respons kepada strategi kerajaan bagi menyokong usaha memerangi penyakit tidak berjangkit,  AMWAY, sebagai syarikat kesihatan dan kesejahteraan terkemuka, mengiktiraf peranan sektor swasta dalam menangani kebimbangan kesihatan negara.

“AMWAY Malaysia sedang meningkatkan usaha untuk menyediakan produk dan penyelesaian gaya hidup yang lebih sihat melalui kempen pendidikan dan kesedaran “Gut Reset-Weight Management” yang bermatlamat untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat bagi menghindari risiko penyakit tidak berjangkit dan berisiko ini.

“Program ini menawarkan jenama terunggul Nutrilite™ sebagai suplemen nutrisi dan dietari yang membantu menambahbaik kesejahteraan keseluruhan” jelasnya lagi.

Tambahnya, kempen “Gut Reset-Weight Management” menumpukan terutamanya pada usus yang sihat kerana ia merupakan petanda kritikal terhadap berat badan yang sihat dalam jangka panjang. Kempen tersebut meliputi program pengurusan berat badan diperibadikan dan keperluan nutrisi termasuk diet yang seimbang, suplemen, senaman dan perubahan gaya hidup yang menyeluruh. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan nutrien harian yang penting dan serat yang diperlukan oleh seseorang untuk kawalan berat badan keseluruhan.

Selain itu, program tersebut menawarkan saringan kesihatan individu melalui usahasama eksklusif bersama Innoquest Pathology, syarikat diagnostik terkemuka di Malaysia selama lebih 30 tahun. Pelancaran kempen “Gut Reset-Weight Management” merupakan inisiatif penting bagi AMWAY Malaysia pada tahun ini, mengukuhkan lagi kedudukan pasaran Nutrilite™ di peringkat global selama hampir 90 tahun.

Bagi tahun ini, tumpuan kedua AMWAY Malaysia ialah membangunkan model keusahawanan yang lebih mampan bagi menyokong Pemilik Perniagaan Amway (Amway Business Owner) demi memacu pertumbuhan perniagaan Kumpulan.

Mike turut menamba, salah satu daripada aspek penting perniagaan ialah mengekalkan dan membangunkan usahawan AMWAY.

“Kita berusaha untuk menyokong Pemilik Perniagaan Amway dalam perjalanan keusahawanan ke arah menjana pendapatan mampan serta mewujudkan nilai melalui perkongsian yang saling menguntungkan dengan membantu mereka menemui potensi sepenuhnya serta mencapai matlamat mereka.

“Dengan lebih 400,000 ABO dalam rangkaian, kita terus menumpukan pada program dan insentif yang mementingkan ABO sambil bergerak ke arah visi ulang tahun ke-50 AMWAY Malaysia agar menjadi salah satu syarikat kesihatan dan kesejahteraan terkemuka di Malaysia menjelang 2026,” ujarnya.

AMWAY Malaysia mencatatkan rekod hasil baharu sebanyak RM1,514.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY2022), meningkat 1.9% daripada RM1,485.9 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya. Peningkatan dalam jualan didorong terutamanya oleh permintaan yang kukuh untuk produk kesihatan dan kesejahteraan serta penjagaan peribadi di bawah inisiatif Terajui dengan Nutrisi atau “Lead with Nutrition”. Sementara itu, keuntungan bersihnya mencatatkan pertumbuhan cemerlang sebanyak 109% kepada RM76.88 juta berbanding RM36.78 juta yang dicatatkan pada FY2021.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: