Kuala Lumpur – Jenama biskut kegemaran ramai, Julie’s melancarkan rangkaian produk biskut baru, Charm, yang diinspirasikan daripada pencuci mulut lazat.
Siri yang julung-julung kalinya diperkenalkan sejak penubuhannya ini mengambil masa yang cukup panjang untuk dihasilkan bagi memastikan rasa pencuci mulut yang popular dan klasik dapat diterjemahkan dalam kepingan biskut yang mudah dimakan.

Pengarah Julie’s Biscuits, Tzy Horng Sai berkata, dengan rangkaian biskut baharu ini, pihaknya bukan sahaja ingin memperkenalkan produk yang lazat dan berkualiti, tetapi juga mahu memberi inspirasi positif kepada pengguna.
Katanya, biskut yang didatangkan dengan rasa premium ini dijangka menjadi antara produk terlaris Julie’s bukan sahaja bagi pasaran Malaysia, malah luar negara.
“Sejak penjenamaan semula syarikat pada 2020, kami sentiasa mengambil pendekatan lain dari yang lain dalam memperkenalkan produk baru di pasaran.
“Jenama Julie’s adalah sinonim dengan biskut yang berkualiti dalam kalangan pengguna dan dengan rangkaian biskut baharu ini, kami bukan sahaja ingin memperkenalkan produk yang lazat dan berkualiti, tetapi juga mahu memberi inspirasi positif kepada pengguna.
“Idea di sebalik Charm adalah untuk mewujudkan produk yang orang ramai boleh nikmati sebagai cara memanjakan diri.
“Dengan produk ini, kami ingin mengingatkan pengguna untuk membenarkan diri menikmati sesuatu seperti Charm sekali-sekala dalam kehidupan mereka sebagai salah satu cara ‘self-love'” katanya.

Setiap biskut Charm diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti yang dipilih dengan teliti selepas penyelidikan selama bertahun-tahun untuk memastikan rasa yang lazat dan berkualiti. Terdapat dua perisa yang boleh dijadikan pilihan iaitu Double Chocolate dan Tiramisu.
Double Chocolate adalah biskut berperisa coklat gelap yang merupakan perisa popular kegemaran ramai. Double Chocolate mempunyai tekstur licin dan berkrim yang cair di dalam mulut apabila dimakan.
Perisa Tiramisu pula lebih unik dan tidak biasa dijumpai dalam bentuk biskut, menjadikannya pilihan yang menarik untuk pengguna yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza.
Charm direka untuk dinikmati sebagai snek persendirian, atau dipasangkan dengan kopi dan teh, atau juga boleh digunakan sebagai bahan untuk membuat kek. Produk ini juga sesuai untuk dinikmati bila-bila masa sahaja, walau di mana jua.
Bagi meraikan meraikan pelancaran biskut Charm, Julie’s menganjurkan sebuah acara bagi memberi pengalaman eksklusif untuk pelanggan setianya di APW Bangsar pada 4 dan 5 Mac ini.

Acara eksklusif yang dipanggil sebagai Me, Myself and Charm ini akan membawa pengguna dalam sebuah perjalanan di mana mereka berpeluang untuk memanjakan diri melalui pelbagai aktiviti yang tersedia.
Tetamu berpeluang untuk terapi diri dengan mengikuti pelbagai aktiviti yang dirancang seperti mengambil bahagian dalam bengkel membuat lilin di Charm Sensory Lab, di mana lilin yang dihasilkan akan menampilkan aroma yang diilhamkan dari rangkaian biskut baru Julie’s.
Rangkaian biskut Charm dipenuhi bahan lazat dibungkus dalam pek mudah alih yang terdiri daripada lapan pek yang mempunyai dua kepingan biskut setiap pek kecil.
Charm direka untuk dinikmati sebagai snek persendirian, atau dihidangkan dengan kopi dan teh, atau boleh digunakan sebagai bahan untuk membuat kek.