Kuala Lumpur – Bulan Ramadan amat sinonim dengan pilihan juadah berbuka puasa terdiri dari pelbagai pilihan. Tinggal kira-kira tiga minggu lagi sebelum umat Islam berpuasa, kebanyakan pengusaha restoran dan hotel di seluruh negara semakin rancak mengatur strategi termasuk ‘berperang’ promosi bufet Ramadan bagi menarik lebih ramai pelanggan.
Dalam memilih pakej berbuka puasa, sudah pastinya pelanggan menggemari sesuatu kelainan untuk dinikmati bersama keluarga dan sahabat handai. Istimewa untuk bulan Ramadan ini, restoran Rasanya Steamboat yang terletak di Pusat beli belah Pavilion Elite, Kuala Lumpur menawarkan hidangan stim pada kadar mampu bayar untuk semua golongan.

Memasuki ruang restoran, para pelanggan akan disajikan dengan susunan dekorasi berkonsepkan peranakan yang serba mewah dan cukup selesa untuk sesiapa sahaja. Melihat sahaja lampu chandelier yang mengambil idea batu kristal jed menambahkan lagi aura masyarakat yang berbudaya.


Restoran steamboat premium ala nyonya pertama di Malaysia ini, memberi pengalaman menjamu selera dengan konsep unik dan dalam suasana yang eksklusif. Mengimbau kembali zaman kegemilangan budaya Peranakan yang diibaratkan sebagai ‘periuk budaya’, Rasanya membawa kepada anda kacukan budaya dan masakan yang dinikmati oleh semua.

Ia merangkumi semangat kepelbagaian budaya Malaysia, menyajikan kepada anda lebih daripada sekadar hidangan lazat. Ia menyediakan empat jenis menu premium istimewa yang mempunyai perbezaan tersendiri, dengan citarasa tempatan, ia direka dengan mengambil kira citarasa setiap kaum dan etnik.
Menu berbuka puasa yang terbaik
Rasanya bekerjasama dengan chef selebriti, Chef Zam yang menyediakan resepi lazat untuk bulan Ramadhan ini.

Chef Zam yang turut mencipta resepi istimewa, sup istimewa yang merangkumi bahan-bahan seperti sup ayam yang direneh dengan perlahan bersama air kelapa segar, cili, kacang soya, sos kacang dan tauhu yang diperam.
Ia terdiri daripada menu yang merangkumi hidangan mewah ‘Menu Masak-Masak’, “Menu Steamboat”, dan pelbagai sup asas daripada sup asas Chef Zam “Rahsianya”, kepada pilihan sup yang tersedia sepanjang masa seperti sup asas ‘Laut Tomato Merah’, ‘Harimau di Laut’, ‘Kundur dan Herba’, ‘Aroi Tomyam’ dan sup asas ‘Sedapnya Laksa’.


Hidangan menjadi lebih lengkap dengan set isi ikan, lala segar, hirisan abalon, kerang, udang harimau segar, kerang buluh, hirisan daging kambing Australia, bebola ikan buatan khas Rasanya, bebola ayam dan cendawan, bebola sotong, ladu dan wantan.

Pelbagai cendawan seperti enoki dan kulat hitam serta sayur-sayuran seperti kubis dan bayam, berserta telur ayam kampung, tauhu, mi suhun, mi bayam dan nasi putih juga dihidangkan.


Ketua Pegawai Eksekutif En Chris Lee menjelaskan, kesemua bahan-bahan masakan yang digunakan adalah dari hasil segar dan sama sekali tidak menggunakan item sejuk buka (frozen).

“Kesemua menu kami sangat sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggunakan bahan-bahan segar dan para pelanggan boleh meletakkan sos cili mengikut kesesuaian, ini kerana kami meyediakan ruang pelbagai jenis sos dan cili secara layan diri” katanya.

Tambahnya lagi, kerjasama dengan chef selebriti, Chef Zam, akan membawa pengalaman unik serta menu dan resipi istimewa Ramadan ini ke pasaran.

Harga paling berpatutan
Dengan harga RM118++ seorang, juadah Ramadan ini tidak seperti yang lain. Dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan menjadikannya berbaloi untuk wang yang dibelanja.
Setiap meja, akan disediakan seorang staf restoran yang membantu untuk memasak steamboat agar pelanggan merasa pengalaman menjamu selera dengan selesa dan dihargai.

Dengan ruang makan yang kondusif dan dilayan oeh staf restoran yang ramah mesra, pastinya pelanggan menikmati pengalaman kelas 1 dengan harga paling berbaloi.
Bagi anda yang ingin menikmati kelainan pada bulan Ramadan ini, boleh melayari laman sesawan Rasanya Steamboat ini untuk membuat tempahan.