Gaya Hidup

Ariani lancar koleksi Ariani Layar Raya 2023

Kuala Lumpur – Ariani Layar Raya 2023 membawa koleksi Ariani Luxe dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian lace dan Swarovski eksklusif dan 109 koleksi RTW (Ready to Wear) yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah dengan rekaan mengangkat seni tekat dalam nuansa budaya orang Melayu asli.

Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung, Ariani kembali dengan membawakan koleksi Ariani Layar Raya 2023 bersama rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna-warna menarik untuk digayakan dimusim lebaran ini.

Pertunjukan koleksi ARIANI yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre itu menampilkan lebih 101 rekaan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab.

Menurut Datin Farah Haryani, Ariani turut mencipta sejarah baru dengan pembukaan House of ARIANI (HOA) pada 10 Mac 2023. Bangunan tersergam indah bersaiz keluasan 37,100 meter persegi menjadikan HOA sebagai gedung tudung dan butik pakaian Muslimah wanita terbesar di Malaysia yang mempunyai empat aras dan menempatkan kesemua koleksi Ariani di bawah satu bumbung.

Malah jelasnya, rekaan pada tahun ini banyak mengambil inspirasi daripada motif sulam bagi koleksi tudung dan selendang.

“Pada tahun ini kami banyak menggunakan fabrik yang dihiasi lace dan manik. Manakala bagi rekaan tudung, kami menampilkan bungaan kecil bagi koleksi printed dan bawal bersulam,” katanya kepada media.

Buat julung kalinya, Ariani turut menampilkan kelainan dengan melancarkan subbrand baru khas kepada kaum adam, iaitu ARYAN. Koleksi ARYAN memperlihatkan seleksi pakaian seperti baju melayu sedondon dan kurta yang sesuai dengan perwatakan lelaki yang sukakan imej ringkas dan selesa.

Pertunjukan fesyen Layar Raya turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Datin Lisa Surihani yang juga merupakan duta Ariani yang baharu. Manakala, pengacara Uyaina Arshad yang memasuki tahun ketiga serta pelakon Bella Dally yang melangkah ke tahun kesembilan sebagai duta Ariani.

“Saya merasakan keserasian dan persamaan dengan ketiga-tiga duta ini dengan apa yang Ariani ingin sampaikan kepada pembeli. Pemilihan mereka mengambil kira pelbagai aspek dan ketiga-tiganya punya aura yang berbeza yang sesuai dengan matlamat kami,” ulas Farah Haryani.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: