Terkini

11 Organisasi berkerjasama tangani jenayah siber

Kuala Lumpur – Satu memorandum persefahaman (MOU) antara Badan Pensijilan Keselamtan Siber Antarabangsa (ICSCB), Institut Keselamatan Siber (CSI), Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), Majlis Pemerkasaan Pendidikan Negara (MPPN), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Alzette, Universiti Saito, Universiti Perdana, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCEd), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Pahang telah ditandatangani bertujuan mendidik orang ramai tentang cara melindungi aset digital peribadi.

Dalam usaha mencegah risiko kerugian kewangan dan menurunkan kadar jenayah siber, Kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai ini, merupakan satu usaha bagi memperkukuhkan prasarana keselamatan siber negara.

Presiden ICSCB, Keen Fai Chew berkata MoU kali ini bakal memberi fokus kepada pembangunan kompetensi kesemua pemain industri dan orang ramai dalam memperkukuhkan keselamatan siber.

Menurut Keen, perkembangan teknologi termaju seperti kecerdasan buatan, internet benda , analisis data raya dan blok rantai telah mewujudkan satu dunia tanpa sempadan namun dilihat membuka ruang kepada ancaman keselamatan negara untuk dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Matlamat utama kami adalah untuk menambah baik struktur tadbir urus industri keselamatan siber mengikut piawaian keselamatan data dan menyediakan penyelesaian keselamatan siber paling komprehensif menggunakan teknologi dan amalan termaju bagi meminimumkan risiko serangan siber.

“Dalam masa sama, kami juga ingin melengkapkan pengguna dengan persekitaran siber selamat dan mengurangkan kadar kebocoran data” katanya.

Beliau menambah, walaupun saban tahun jenayah siber menunjukkan peningkatan peratusan kes, namun kesedaran dan teknologi lebih tinggi harus diteruskan dan diaplikasi bagi mengurangkan kadar kes yang bakal berlaku.

“Kami faham, entiti penceroboh data (hackers) akan sentiasa mengemas kini modus jenayah kerana mereka adalah terdiri dari kalangan bijak siber, namun sebagai satu organisasi yang memfokuskan keselamatan rangkaian ini, kami harus berganding bahu bersama dalam memastikan teknologi terbaik dapat diaplikasikan dalam menangani masalah ini” tambahnya lagi.

Oleh demikian, ICSCB telah menangani keperluan untuk membina rangka kerja piawai untuk penilaian dan pensijilan amalan keselamatan siber di peringkat global.

Kerjasama erat diantara organisasi-organisasi perlu untuk menilai dan melaksanakan amalan keselamatan siber untuk memenuhi piawaian minimum tertentu bagi keselamatan siber.

Tambahnya lagi, usaha kerjasama antara organisasi ini juga dilihat mampu merendahkan risiko serangan siber dan melindung maklumat sensitif daripada capaian yang tidak dibenarkan, kecurian dan penyalahgunaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: