Gaya Hidup Uncategorized

Sajian Warisan Nusantara pelengkap bufet Ramadan di The Pearl

Kuala Lumpur – Tinggal lebih kurang satu minggu sahaja lagi sebelum umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyambut bulan Ramadan. Selain dapat fokus sepenuhnya pada ibadah, apa yang membuatkan ramai orang teruja termasuklah orang bukan Islam adalah buffet Ramadan.

Waktu bulan Ramadan inilah satu-satunya masa yang kita boleh rasai pelbagai jenis makanan. Tidak kiralah sama ada makanan Melayu, Timur Tengah, Barat dan bermacam-macam lagi di satu-satu tempat.

Memilih lokasi Hotel The Pearl, Kuala Lumpur adalah keputusan tepat untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga dan sahabat handai. Meneruskan tradisi tahunan, The Pearl menjemput orang ramai berbuka puasa sepanjang Ramadan di Aras 5 hotel itu bermula 24 Mac hingga 20 April ini.

Nikmati juadah berbuka puasa dengan iringan kumpulan Ghazal Tradisional sewaktu menikmati makanan yang disediakan di The Pearl Kuala Lumpur menambahkan lagi suasana dengan tema Sajian Warisan Nusantara.

Hotel kelas perniagaan ikonik ini menawarkan lebih 100 hidangan yang boleh dinikmati yang pasti menyelerakan dan keseluruhannya mengimbau kembali citarasa masakan di kampung. Kualiti makanan yang dipersembahkan cukup memuaskan sekaligus membuatkan para pelanggan ingin datang berbuka puasa lagi disini.

Alami suasana berada di kampung dengan juadah istimewa tradisional Melayu. Antara makanan yang menjadi perhatian adalah  Nasi Briyani Kambing, Nasi Briyani Ayam, Kambing Golek, Ayam Golek, Gerai Shell Out, Gerai BBQ, Gulai Kawah Daging, Gulai Daging Bunga Kantan, Lemang Buluh, Sate, Murtabak dan pelbagai lagi.

Tidak lupa pencuci mulut yang menarik seperti Aneka Pemanis Mulut, Sago Gula Melaka, Aneka kuih-muih, variasi bubur manis, buah-buahan dan ais krim.

The Pearl turut membawa kumpulan ghazal, Alun Tradisi sebagai hiburan dan pelengkap kepada hidangan yang berkonsepkan kemelayuan.

The Pearl Kuala Lumpur menyediakan promosi bufet Ramadan  pada harga bermula RM98 bagi dewasa, warga emas dan Orang Kurang Upaya RM78 dan RM58 harga kanak-kanak bagi mereka yang membuat tempahan antara 24 hingga 31 Mac ini.

Lebih menarik, cabutan bertuah turut diadakan kepada pengunjung di mana hadiah utama adalah wang tunai sebanyak RM5,000, RM2,500 untuk pemenang kedua dan RM1,000 untuk pemenang ketiga. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: