Gaya Hidup Terkini

Anzalna dilantik Muse Koleksi Flora Nostalgia Raya Isetan Kuala Lumpur

Kuala Lumpur – Isetan Kuala Lumpur telah melancarkan koleksi Raya 2023 dengan tema Floria Nostalgia Raya. Koleksi baharu itu diinspirasikan oleh corak bunga-bungaan tekstil Melayu tradisional yang rencam, sentuhan moden pada reka bentuk fesyen klasik ini akan membawa anda kembali ke masa lalu. 

Pertunjukan fesyen yang diadakan di kafe Kenny Hills, Four Season Kuala Lumpur baru -baru ini mempamerkan pelbagai pakaian baru dalam pelbagai warna dan cetakan oleh label eksklusif. Jenama tempatan yang dipaparkan dalam koleksi Hari Raya ini membawa pelbagai rekaan baru dan elegan yang dibuat dengan material terbaik.

Beberapa jenama dengan kemasan pereka fesyen tempatan mewarnai Isetan tahun ini antaranya, Tom Abang Saufi, Naelofar, Mimpikita, Rico Rinaldi, Kapten Batik, Variante, Buttonscarves, Manta dan pelbagai lagi.

Memasuki tahun ke -35 di Malaysia, matlamat ISETAN adalah untuk menjadi kedai fesyen gaya hidup yang sesuai untuk semua golongan dengan koleksi sesuai peringkat umur seisi keluarga.

Direktor Jualan dan Merchandise, Isetan Kuala Lumpur, Kenichiro Asako berkata, kempen hari raya di Isetan tahun ini menawarkan koleksi pakaian raya dengan menghimpun beberapa jenama dan harga yang amat berpatutan.

Kenichiro Asako, Direktor Jualan dan Merchandise bersama Vanessa Darleen Daniels, Pembantu Pengurus Jualan dan Merchandise

“Dengan harga serendah RM299, para pelanggan akan menikmati koleksi pereka fesyen terkenal dengan material premium yang sangat berkualiti, kami mementingkan pakaian lengkap untuk seluruh ahli keluarga sekali gus menjadikan Isetan sebuah gedung ‘one stop centre‘.

“Untuk kempen ini, kami juga menawarkan pelbagai promosi diskaun dan mata ganjaran, ahli-ahli ISETAN boleh menantikan faedah tambahan apabila mereka membeli-belah di kedai atau dalam talian dari 17 Mac hingga 27 April 2023”, ujarnya.

Dalam masa sama, Isetan turut mengumumkan selebriti, Anzalna Nasir sebagai muse koleksi kempen raya tahun ini.

Sebagai seorang ikon gaya sebenar, kepelbagaian pilihan fesyen Anzalna jelas menunjukkan keyakinan dan elegan semasa di karpet merah mahupun ketika beliau meluangkan masa bersama keluarga.  Keperibadiannya yang pelbagai sebagai seorang isteri dan ibu benar-benar memberi inspirasi, menjadikan beliau sebagai ‘muse’ ideal untuk Flora Nostalgia Raya. 

“Saya teruja untuk berkongsi minat saya dalam fesyen dan gaya peribadi dengan orang ramai. Isetan telah melakukan kerja yang luar biasa menghimpunkan beberapa jenama terbaik di Malaysia, dan saya teruja untuk melihat reaksi pelanggan Isetan terhadap koleksi ini,”.

“Saya sendiri gemar membeli-belah di Isetan dan yakin dengan setiap materialnya, dari segi harga pula ianya sangat berpatutan sesuai dengan kualiti yang ditawarkan” jelasnya.

Raikan kebersamaan di Hari Raya dengan penuh bergaya dengan Flora Nostalgia Raya. Keindahan Raya masa lalu dan masa kini dihayati, sambil dibantu oleh Anzalna sebagai sumber inspirasi fesyen dan gaya. Beli koleksi di Isetan Kuala Lumpur dengan promosi menarik tersedia untuk masa terhad dan pelanggan berpeluang menyertai peraduan untuk berbuka puasa bersama Anzalna. Pelanggan juga boleh memiliki mangkuk tingkat edisi khas percuma menggunakan kod promo koleksi ‘muse’. 

Bagi pelanggan yang lebih gemar membeli-belah mengikut keselesaan mereka atau mempunyai akses terhad ke kedai fizikal Isetan Kuala Lumpur, koleksi Flora Nostalgia Raya juga boleh didapati di Isetan KL Online Store dan Lazada untuk rekaan baju tertentu. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyelami keindahan Flora Nostalgia Raya yang mempesonakan. 

Untuk maklumat lanjut tentang kempen dan koleksi pilihan Flora Nostalgia Raya, pelanggan boleh mengunjungi Isetan Kuala Lumpur di Suria KLCC atau melayari laman web kami di www.ionlinekl.com.my 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: