Terkini

Adabi teruskan tradisi edar bubur lambuk sepanjang Ramadan

Kuala Lumpur – Syarikat pengeluar produk-produk makanan, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) meneruskan program Ramadan Adabi 2023 selaras dengan usaha untuk mendekati kumpulan sasaran terutamanya golongan yang memerlukan.

Berkolabrasi bersama hotel Vivatel Kuala Lumpur, Adabi meneruskan tradisinya dengan program bubur lambuk untuk dihulurkan kepada anak-anak yatim dan asnaf semasa iftar Ramadan. Selain itu, program korporat sosial (CSR) turut dijalankan bersama Vivatel bagi menyantuni golongan memerlukan.

Pengurus Jenama, Promosi dan Media Korporat, Roshidi Zabidi berkata Adabi sentiasa terbuka untuk bekerjasama lebih-lebih lagi dalam program CSR.

“Untuk hari ini, kami dan Vivatel menjalankan program Iftar Ramadan bersama anak-anak yatim sedikit awal dan boleh juga dianggan Pra Ramadan bagi meraikan mereka.

“Kami telah bekerjasama dengan sepuluh (10) buah hotel terkenal di Ibu Negara bagi program yang sama antaranya hotel Ancasa, Concorde Kuala Lumpur, Royale Chulan, Summit hotel dan beberapa lagi. Kami turut memberi produk-produk Adabi kepada hotel-hotel ini dimasak dan disajikan kepada para pelanggan mereka agar setiap pelanggan dapat menikmati juadah yang dimasak menggunakan rempah dan rencah Adabi” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim di hotel Vivatel hari ini.

Beliau menambah, sepanjang bulan Ramadan, pelbagai acara telah dirangka antaranya program bubur lambuk, Sahur jangan tak sahur, program Kenduri Rewang dan beberapa lagi bukan sahaja bersama pihak hotel malah dengan badan korporat, Institut pengajian tinggi awam dan swasta, petugas barisan hadapan dan komuniti setempat.

Adabi juga julung kali pada tahun ini, melengkapkan program bubur lambuk dengan turun padang memasak di Lebuh raya Duta- Ulu Kelang (DUKE) dan PROLINTAS seterusnya mengedarkan sebanyak 2,000 bungkusan bubur lambuk untuk pengguna lebuh raya.

Selain itu, Adabi turut memilih Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor bagi program memasak dan mengedarkan bubur lambuk kepada para pelajar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: