Gaya Hidup

KSL Esplanade Hotel cawangan Klang tawar penginapan kelas sederhana

Klang – KSL Holdings Berhad pada sabtu lalu telah merasmikan pembukaan KSL Esplanade Hotel cawangan Klang.

Seiring memulakan operasi, Pengarahnya iaitu Khoo Kheng Ghiap dalam ucapannya amat mengalu-alukan kedatangan para tetamu untuk menikmati fasiliti kelas sederhana yang mereka tawarkan.

“Kami sengaja bina hotel ini di kawasan yang sedang membangun iaitu Bandar Bestari Klang yang jaraknya kira-kira 10 kilometer dari bandar Klang.

“Biarpun sedikit jauh dari bandar, namun kedudukan hotel ini sangat strategik bagi memenuhi keperluan sewajarnya di untuk penduduk sekitar.

“Kalau kami bina di bandar, di sana sudah terdapat banyak pilihan hotel dan secara tidak langsung, saingannya sengit.

“Di sini kami boleh dikatakan pelopor atau syarikat terawal yang menawarkan perkhidmatan sebegini tanpa adanya persaingan lain,” ujar Kheng Ghiap.

Sebagai struktur binaan pencakar langit pertama dibina di Bandar Bestari Klang, ternyata ia menjadi kelebihan KSL Hotel untuk mengukuhkan jenamanya memandangkan tiada premis perniagaan lain yang setara dengan bangunan setinggi 23 tingkat itu.

Selain itu, turut menjadi kebanggaan mereka ialah Sora Skybar yang terletak di tingkat paling atas, sekali gus menawarkan pemandangan panorama bandar Klang.

Semestinya produk utama KSL Hotel adalah ruang penginapan yang merangkumi sejumlah 403 bilik kontemporari dan moden termasuk Superior, Deluxe, Family, Premier dan Executive Suite untuk tetamu menginap dengan penuh privasi dan selesa.

Menepati status hotel bertaraf empat bintang, KSL Esplanade Hotel juga dilengkapi dengan pelbagai fasiliti lain yang serba moden dan terkini.

Untuk merasai pengalaman unik dan istimewa, bakal tetamu boleh membuat tempahan melalui alamat e-mel yakni reservations@kslkl.my atau menghubungi talian 03-30002288 atau terus saja melayari laman sesawang rasmi mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: