Bisnes Terkini

Enrichz Platform E-Dagang sasar 100,000 ahli berdaftar

Putrajaya – Enrichz merupakan sebuah platform e-dagang di mana menawarkan para pemilik perniagaan untuk memasarkan produk dan jualan mereka dengan lebih mudah. 

Menyedari tentang dunia yang semakin berkembang, terutamanya dalam urusan penjualan pelbagai produk melalui laman web dan aplikasi, platform Enrichz membolehkan untuk pemilik produk untuk peraga barangan mereka tanpa mengira jenis perniagaan. 

Konsep yang diperkenalkan juga menarik iaitu sesiapa boleh memperagakan produk mereka di platform Enrichz dan dalam masa yang sama tiada produk yang sama dijual melalui ejen atau stokis di platform ini. Pemilik perniagaan atau HQ sendiri adalah penjual di platform ini, sekaligus dapat memaksimumkan keuntungan. 

Dimiliki oleh Enrichz Networth Sdn Bhd, perancangan untuk membina laman web e-dagang bermula untuk membantu usahawan sekitar tahun 2020. Alhamdulillah, di tahun 2023 platform Enrichz mula beroperasi dan selepas sahaja soft launch, lebih 100 pengguna telah berdaftar manakala sasaran yang ditetapkan untuk tahun 2023 ini pula adalah untuk mencapai jumlah 100,000 pengguna berdaftar. 

Shop, Share dan Smile  merupakan slogan Enrichz  yang  memberi kelainan  melalui keuntungan berganda  dalam ekosistem yang kondusif. Lebih banyak membeli, lebih banyak ganjaran diperolehi. Lebih ramai dikongsi, lebih selalu tersenyum sendiri!

Platform  perniagaan dalam talian  yang menggunakan konsep gabungan E-Dagang dan Rangkaian Pemarasan (Network Marketing) ini mampu menarik ramai pengguna membeli-belah tanpa sebarang kerisauan kerana produk-produk yang dipasarkan terpilih dan terjamin kualitinya. 

Di samping itu, Enrichz menyediakan ekosistem yang memberikan keuntungan secara menang-menang kepada pengguna dan pembekal.

Enrichz menawarkan tawaran khusus iaitu Enrichz Earn yang mampu membantu meningkatkan ekonomi diri tanpa mengira latar belakang pendidikan mahupun sosio-ekonomi. 

Pelancaran  Enrichz hari ini membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama meneroka platform E-Dagang yang akan memberi impak positif terhadap perubahan pada corak pembelian masa kini.

Pengarah Urusan Enrichz, Fadzli Aziz berkata, ”Enrichz bukannya platform untuk bersaing dengan platform E-Dagang yang lain, tetapi kewujudannya adalah untuk melengkapkan ekosistem pembelian yang memberi ganjaran dengan hanya membeli, berkongsi dan mencadangkan produk-produk di dalam platform kepada rakan-rakan”.

Enrichz bersedia menerima pelbagai penyertaan daripada pelbagai pihak yang ingin mendaftar sebagai Enrichz member (PRORICHZ). 

Beliau turut menyasarkan 100,000 pendaftaran ahli pada tahun ini bagi memastikan platform ini dapat membantu lebih ramai usahawan dan orang ramai menjana pendapatan sampingan.

“InsyaAllah, dalam masa terdekat ini kami akan tampil dalam bentuk aplikasi yang lebih memudahkan pengguna disamping mengekalkan konsep satu jenama satu pedagang sahaja untuk memastikan tiada produk tiruan mahupun ‘item clash’ di dalam Enrichz” jelasnya lagi.

Tambanhnya lagi, Sistem Enrichz memberikan nilai Enrichz Value (EV) kepada setiap pembelian pelanggan bagi melengkapkan pengalaman menarik, apabila mencapai syarat-syarat level ahli.

Portal Enrichz ini akan merekodkan nilai EV pembelian terkumpul rangkaian pada setiap hari bagi membuka peluang ganjaran lebih banyak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: