Gaya Hidup

REVIU: Samsung Galaxy S23 Ultra pilihan TERBAIK, Wajib ada 2023

Ya! Samsung Galaxy S23 Ultra berada pada tahap tersendiri jika dibandingkan dengan peranti pintar yang lain.

Pada tahun lalu, Samsung Galaxy S22 Ultra merupakan antara telefon pintar premum yang terbaik dalam pasaran jadi amat sukar untuk Samsung menambah baik peranti tersebut untuk tahun 2023. Kini Samsung Galaxy S23 Ultra telah pun dilancar dan kami berpendapat Samsung berjaya menambah baik pelbagai aspek pada siri telefon ikonik ini.

Ia menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, RAM sehingga 12GB, storan UFS 4.0 sehingga 1TB, empat kamera termasuklah kamera utama 200MP, stilus S-Pen dan banyak lagi ciri-ciri menarik.

Prestasi kamera yang berada pada kelasnya tidak mengira keadaan khususnya ketika pencahayaan kurang. Imej yang terhasil menerusi lensa peranti ini adalah yang terbaik pernah disaksikan dan kualiti imej terperinci.

Malah, pengguna juga diberikan kebebasan untuk menggunakan mod kamera yang dirasakan sesuai bersama kualiti lensa bermula daripada 50 megapiksel (MP) atau menggunakan lensa berprestasi tinggi 200MP.

Kami kagum dengan kualiti imej yang terhasil selain binaan paling premium untuk siri Galaxy S23 Ultra ini.

Maka, tidak hairanlah Samsung menggunakan sensor kamera paling maju dalam pasaran iaitu 200MP kerana hasil gambar serta video yang terhasil adalah sangat baik berbanding mana-mana peranti lain. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kamera Samsung Galaxy S23 Ultra ini adalah persis penggunaan kamera DSLR.

Kami juga berpandangan bahawa Galaxy S23 Ultra ini adalah ‘kelahiran semula’ untuk kamera DSLR bersifat konvensional, namun kali ini berbentuk peranti pintar. Samsung menepati citarasa pengguna yang sangat berkait rapat dengan dunia fotografi apabila menggunakan sensor 200 megapiksel (MP) untuk lensa utama bersama mod profesional.

Peranti ini juga adalah pengubah landskap fotografi mudah alih dan setiap imej yang dirakam adalah setaraf penggunaan kamera konvensional seperti generasi DSLR. Bagi ketiga-tiga variasi berkenaan, Galaxy S23 Ultra adalah kelas tertinggi untuk generasi berkenaan dengan spesifikasi ukuran skrin 6.8 inci QHD+ Edge bersama paparan Dynamic AMOLED 2X Display.

Memenuhi kehendak pengguna pada hari ini, peranti itu juga didatangkan dengan teknologi paparan Super Smooth 120Hz bersama 240Hz Touch Sampling khusus untuk mod permainan. Paling mengagumkan untuk siri Galaxy S23 Ultra adalah tetapan empat lensa dengan sensor utama 200 megapiksel (MP) sekali gus menghasilkan imej kualiti umpama kamera DSLR.

Ia juga turut didatangkan dengan 12MP lensa sudut ultra lebar, dua 10MP lensa telefoto serta 200MP lensa sudut lebar. Binaan peranti berkenaan khususnya untuk variasi Samsung Galaxy S23 Ultra adalah sangat premium dengan padanan skrin AMOLED memberikan kadar kecerahan terbaik dalam kelasnya.

Boleh dikatakan bahawa variasi Galaxy S23 Ultra adalah calon peranti pintar Android paling berkuasa bermuma daripada aspek sensor kamera sehingga kepada keupayaan peranti berkenaan.

Benar!

Kami jatuh cinta dengan binaan di bahagian belakang peranti ini dan Samsung masih mengekalkan rekaan tiga lensa dan ia turut didatangkan dengan stylus yang diletakkan di bahagian simpanan bawah peranti. Pengguna juga boleh memilih untuk variasi tetapan memori (RAM) 12 bersama storan bermula 256GB sehingga 1TB mengikut kesesuaian.

Gambar zoom waktu malam (fenomena bulan berekor 24 Mac 2023)

Keupayaan peranti itu juga akan mengubah definisi sebenar fotografi mudahalih dengan beberapa mod khusus seperti Astrophotography untuk rakaman imej angkasa dan keupayaan imej pada pencahayaan kurang.

Teknologi Kamera S23 Ultra Dapat Pujian Rakan Pengamal Media

Kami berasa cukup bangga membuat liputan berita menggunakan peranti hebat Samsung Galaxy S23 Ultra ini.

Kehebatan kameranya lebih baik dari kamera yang biasa digunakan oleh jurukamera stesen TV. Ini diakui!

Mereka sependapat bahawa teknologi kamera Gaaxy S23 Ultra ini mempunyai faktor wow tersendiri.

Spesifikasi jelas Galaxy S23 Ultra

Samsung Galaxy S23 Ultra dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM8550-AC Snapdragon 8 Gen 2 (4 nm) dengan storan 12GB RAM, 256GB ROM.

Peranti ini juga mempunyai skrin 6.8-inci Dynamic AMOLED 2X. Ia mempunyai kamera belakang Quad: 200 MP, f/1.7, 24mm (wide), 1/1.3″, 0.6µm, multi-directional PDAF, Laser AF, OIS + 10 MP, f/4.9, 230mm (periscope telephoto), 1/3.52″, 1.12µm, Dual Pixel PDAF, OIS, 10x optical zoom + 10 MP, f/2.4, 70mm (telephoto), 1/3.52″, 1.12µm, Dual Pixel PDAF, OIS, 3x optical zoom + 12 MP, f/2.2, 13mm, 120˚ (ultrawide), 1/2.55″, 1.4µm, Dual Pixel PDAF, Super Steady videoMP dan menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, HSPA, LTE-A (CA) dan 5G. Ia juga dilengkapi dengan Li-Ion 5000 mAh dengan ketebalan peranti 8.9 mm, seberat 234g, dan menggunakan Android 13, One UI 5.1.

Gambar : Dalam mod cahaya terang
Gambar: Dalam mod cahaya gelap (indoor)

Samsung mengatakan mereka telah memasukkan teknologi kamera baharu seperti Dual Pixel Auto Focus dan AI Stereo Depth untuk hasilkan efek kabur (bokeh) yang lebih natural pada waktu malam dan Adaptive Pixel untuk hasilkan resolusi yang tepat bagi setiap gambar. Mereka juga memasukkan beberapa fungsi baharu dalam Expert RAW seperti Astrophoto dan Multiple Exposures.

Satu lagi penambahbaikan ketara ialah cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy. Ini adalah cipset khas untuk Galaxy S23 Ultra yang telah ditala oleh Samsung bagi memilih tenaga yang tepat untuk prestasi tertinggi serta penjimatan bateri yang lebih cekap.

Bateri S23 Ultra berkapasiti 5,000mAh dan boleh dicas dengan kadar pantas 45W. Ia juga boleh dicas secara wayarles pada kadar 15W dan menawarkan pengecasan wayarles berbalik jika anda ingin mengecas peranti lain.

Ia juga menawarkan fungsi Samsung DeX yang berfungsi dengan elok untuk tugas produktiviti, dan boleh digunakan secara sambungan kabel USB atau secara wayarles. Kami ingin mencuba fungsi Multi Control yang boleh digunakan bersama peranti Galaxy, namun Malaysia tidak dapat komputer riba Samsung seperti Book 3 Ultra.

Prestasi – Tercanggih untuk telefon premium

Dalam keputusan penanda aras kami, Galaxy S23 Ultra mencatatkan markah 1,508 mata untuk ujian teras tunggal dan 4,717 mata untuk ujian multi-teras dalam Geekbench 5. Dalam Geekbench 6 pula, ia meraih markah 1,889 mata untuk ujian teras tunggal dan 4,962 untuk multi-teras manakala 3DMark Wild Life Extreme pula mencatatkan markah setinggi 3,642. Secara asasnya, Galaxy S23 Ultra mencatatkan markah yang sangat tinggi dalam setiap penanda aras yang diuji.

Sewaktu bermain game, kami akhirnya sudah menjumpai sebuah telefon yang boleh memainkan Genshin Impact dengan tetapan grafik maksimum pada kadar 60fps tanpa menjadi terlalu panas. S23 Ultra boleh melakukan sedemikian dengan kelancaran yang menyerupai Genshin Impact versi PC. Asphalt 9 juga boleh dimainkan dengan sangat lancar.

Khas untuk S23 Ultra, ia mempunyai stilus S Pen dengan tindak balas yang sangat pantas, hampir menyerupai pen dan kertas sebenar. Selain digunakan untuk menulis dan mencatat nota, ia juga boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh untuk mengawal slaid pembentangan atau mengambil gambar.

Untuk fotografi pula, S23 Ultra mengambil gambar dengan kualiti yang lebih tinggi berbanding S22 Ultra. Warnanya lebih terang, butirannya lebih jelas dan dalam gambar situasi malap pula, hampir tiada noise. Sewaktu zum, telefon ini boleh melakukan zum digital sejauh 100x dan kualitinya turun apabila anda zum jauh, namun kualitinya lebih tinggi daripada S22 Ultra.

Kesimpulan – Telefon serba lengkap terbaik untuk 2023

Secara keseluruhan, Samsung Galaxy S23 Ultra telah menewaskan abangnya sebagai telefon pintar andalan serba lengkap yang terbaik untuk 2023. Walaupun ia tidak mempunyai banyak ciri-ciri unik selain daripada S Pen dan kamera 200MP, anda boleh menjangkakannya sebagai telefon yang mampu melakukan segalanya dengan prestasi terpantas, termasuklah apabila semua telefon lain telah diumumkan pada akhir tahun.

Selepas saya menggantikan Galaxy S22 Ultra (RAM 8GB, storan dalaman 128GB) kepunyaan sendiri dengan Galaxy S23 Ultra (RAM 12GB, storan dalaman 256GB), saya boleh mengalami perubahannya, terutamanya dengan RAM yang lebih tinggi membenarkan interaksi yang lebih lancar sewaktu menukar aplikasi.

Untuk keputusan, Samsung Galaxy S23 Ultra adalah smartphone TERBAIK yang kami pernah cuba setakat ini!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: