Menjadi resam dan ragam dalam dalam era media sosial, pengguna gemar berkongsi pengalaman, kegembiraan malah kesediahan dalam pelbagai aplikasi seperti Tik Tok, Instagram, Facebook, Twitter dan banyak lagi.
Namun dalam keghairahan berkongsi apa sahaja, sudah pasti ia juga mengundang pelbagai komen kurang enak sehingga mendatangkan rasa tidak senang bagi sesiapa sahaja yang memuat naik kandungan tersebut.
Seorang pempengaruh media sosial, dikenali Aisyah Meow terkejut apabila videonya membelikan botol air untuk adik-adiknya yang dimuat naik olehnya di TikTok mengundang kecaman negatif warga netizen di laman Twitter.
Menurut Aisyah yang mempunyai lebih 1.2 juta pengikut di TikTok miliknya, beliau sendiri terkejut apabila ada orang yang mempertikaikan tindakannya membeli botol air untuk adik-adiknya kerana menganggap harga botol air itu terlalu mahal.
Beliau menjelaskan terkejut video yang diulang tayang sebanyak 2.8 juta kali itu, rata-rata mengecam tindakannya yang dianggap membazir wang dengan membeli botol air harga ‘kayangan’ itu.

Aisyah menjelaskan isu ini di laman TikToknya, jika kita sendiri mahu membelikan sesuatu buat orang yang kita sayang, pasti kita tidak akan merasakan barangan tersebut mahal.
Malah, jika kita sendiri membelikan botol air yang kurang kualitinya untuk anak kecil lalu botol itu jatuh dan pecah, kita sendiri terpaksa membelinya berkali-kali, membuatkan kos untuk membeli botol air itu sendiri menjadi lebib mahal. Berbeza jika kita membelikan botol air yang berkualiti, cantik dan tahan lasak, pastinya ia lebih berbaloi untuk dibeli sekali saja dalam tempoh yang lama.
Turut menambah, beliau cuma berkongsi video itu di Tiktok kerana mahu orang ramai tahu kewujudan botol berkenaan bukan sahaja berkualiti tinggi, malah pelbagai warna dan corak sesuai untuk pilihan kanak-kanak lelaki atau perempuan.
Lebih menarik lagi, terdapat label pada botol berkenaan yang memudahkan pengguna kanak-kanak mengikut arahan waktu dan tempoh minum yang sesuai.
Sementara itu, Pengasas MommyHana , Hana Shahadan berkata, dia yang menerima khabar itu turut terkilan dan kecewa atas kecaman yang diterima di Twitter dan TikTok yang mendakwa harga produk MommyHana terlalu mahal.

Hana berkata, masyarakat tidak tahu usaha yang diletakkan untuk menghasilkan sesuatu produk, apatah lagi produk itu adalah berkualiti, tahan lama dan terbaik.
“Sebagai perbandingan, kita boleh membeli secawan kopi dengan harga RM15 ke RM20 tanpa banyak soal hanya kerana produk itu adalah produk dari negara luar.
Tambahnya, MommyHana sendiri telah melakukan yang terbaik dalam mengeluarkan produk-produk mereka. Sebagai contoh botol air, beliau memaklumkan sudah hampir dua tahun MommyHana menjalankan penyelidikan serta mengeluarkan modal mencecah jutaan ringgit bagi menghasilkan botol air yang terbaik untuk anak-anak.

“Jangan seperti anjing menyalak di bukit. Bukit tak runtuh, termalu diri sendiri.” Ujarnya di akhir penulisannya di laman sosial miliknya.

MommyHana yang ditubuhkan pada tahun 2016 mula dikenali ramai dengan produk buku interaktif mereka iaitu My First Book dan My Islamic Book. Syarikat milik penuh bumiputera ini turut menghasilkan Islamic Audio Device serta makanan tambahan seperti Excel Hana, Emmune Kids dan Emmune Adult.