Bisnes

“Perlu sedar pentingnya pelaburan emas”, Dr Rukhaidah saran masyarakat jana pendapatan dari emas

Kajang – ‘Masyarakat perlu lebih bijak dan pandai beli masa’ – Begitulah kata-lata dari Pengerusi Angel Group Creative Financial Solution, Dr Rukhaidah Abd Karim yang menyarankan orang ramai menceburi dunia pelaburan emas.

Dr Rukhaidah Abd Karim menjelaskan beliau melihat bisnes pelaburan emas Quantum Metal yang semakin rancak kerana ramai yang telah sedar kepentingan emas dalam menjana ekonomi lebih-lebih lagi disebabkan peningkatan kos sara hidup pada masa kini.

Beliau yang telah berjaya mengemudi empayar Angel Group dengan peningkatan pelanggan kepada lebih dari 250,000 orang dengan penjualan RM3 Bilion dalam masa 1 tahun pada tahun 2022, kini meletakkan sasaran RM8 Bilion pada tahun ini dan mungkin lebih.

Menambah bahawa industri pelaburan emas sememangnya menuntut kesabaran yang sangat tinggi demi meraih keuntungan ketika waktu yang tepat, kerana itulah ironinya emas, dibeli pada harga rendah tetapi dijual pada harga tinggi mengikut pasaran semasa.

“Risiko dalam pelaburan emas adalah masa. Kita kena pandai beli masa kerana jika tak mampu, kita akan rugi, malah kita tak nasihatkan (untuk buat pembelian emas).

“Contoh, kita beli emas bulan lepas, tiba-tiba nak pakai duit, tapi harga emas semasa turun, kemudian kita jual, kita rugi.

“Tapi, kalau kita tak jual masa harga turun, kita tetap tunggu harga naik, dan jual, kita untung.

Jelasnya, orang ramai juga boleh menggunakan pendapatan mereka setiap bulan untuk membeli emas dan selepas itu pendapatan daripada itu digunakan untuk pembayaran komitmen bulanan tanpa menjejaskan simpanan pelaburan.

“QM juga mahu mendedahkan kepentingan atau nilai sebenar emas kepada masyarakat bahawa ia bukan sekadar untuk disimpan sebagai pelaburan, tetapi boleh ditunaikan serta digunakan bagi perbelanjaan harian.

“Pelaburan dalam emas akan dapat memberi pilihan kepada individu, pemilik syarikat dan masyarakat secara amnya untuk meningkatkan tahap ekonomi masing-masing di samping menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga” tambahnya.

Di Angel Group, turut dijalankan kelas untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan emas dan bagaimana mengenali emas dan sesuatu platform itu sah atau tidak. Sebagai rekod, jumlah penyertaan kini lebih daripada 500,000 orang di seluruh Malaysia.

Dr Rukhaidah turut menambah, QM berjaya membuka sebuah kilang roti bagi membekalkan bekalan roti kepada penduduk Syria yang menelan belanja RM2.74 juta.

“Kami sebenarnya mengharapkan all our team, sama-sama bantu supaya kilang roti ni boleh pergi lebih jauh. Bukan untuk setahun punya support je. Kita target boleh boleh pergi sampai bila-bila. Itu objektif kilang roti ni. Sebab kita nampak this is one of the way, kita boleh bantu mereka, consistently ada bekalan makanan” katanya.

Beliau ditemui dalam satu majlis rumah terbuka yang turut menyantuni anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bandar Baru Bangi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: