Kuala Lumpur – Buttonscarves, jenama tudung asli dari Indonesia kini mengukir momen tersendirinya apabila membuka satu lagi butik fesyen tudung yang kelima di pusat membeli belah ternama, Pavilion Kuala Lumpur. Buttonscarves menghasilkan karya bergaya hanya menggunakan bahan terbaik dalam kelasnya dan reka bentuk yang luar biasa.

Sejak diperkenalkan, Buttonscarves telah mendapat tempat istimewa di kalangan peminat Malaysia dengan pelbagai koleksi hijab, tas tangan, kasut dan aksesori. Kembali untuk membuktikan visi dan misinya untuk #ButtonscarvesGoesGlobal, Buttonscarves meraikan pembukaan butik kelima itu dengan koleksi kerjasama dengan selebriti Malaysia Mira Filzah dengan menampilkan koleksi beliau iaitu The Gardenia Series.
Untuk menjadikan pembukaan butik kelima ini lebih istimewa, Buttonscarves adalah jenama gaya hidup pertama Indonesia yang berjaya menjadi penyewa di pusat membeli-belah. Dalam masa sama, kerjasama dengan jenama MIRA FILZAH adalah satu pencapaian yang luar biasa dengan melancarkan beberapa koleksi selendang yang sesuai dengan personalitinya yang lembut dan anggun. Kerjasama ini sekaligus membuka ruang hubungan baik dan persahabatan antara dua buah negara, Indonesia dan Malaysia.

“Kehadiran butik kami yang kelima di Malaysia ini, kami gembira mengumumkan pencapaian yang terbaik, selepas
ia menjadi fenomena dalam industri fesyen Indonesia, kami berbangga untuk melebarkan jenama ini kepada BSLadies Malaysia dan seterusnya ke peringkat global,” kata Linda Anggrea, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kreatif Buttonscarves.
Jelasnya, kerjasama dengan Mira meraikan pembukaan butik baharu di Malaysia ini turut menyatakan bagaimana ‘semangat kerjasama’ telah menjadi salah satu ciri unik yang menjadikan Buttonscarves istimewa untuk semua para pelanggan.


Selebriti Mira Filzah turut berterima kasih dan teruja dengan peluang kerjasama yang diberikan.
“Saya amat berterima kasih atas peluang untuk bekerjasama dengan Buttonscarves bagi jenama MIRA FILZAH dan ini merupakan kerjasama antarabangsa pertama untuk jenama saya. Apabila saya mula-mula mencipta jenama itu, adalah impian saya untuk bekerja dengan Linda dan Alhamdulillah, ianya menjadi kenyataan dalam tempoh beberapa bulan selepas jenama MIRA FILZAH dilahirkan.
InsyaAllah, semoga kerjasama ini menjadi permulaan yang panjang dan persahabatan yang indah dengan Linda dan Buttonscarves” kataya.

Mira juga berkongsi keterujaan pengalaman yang menyeronokkan melawat pejabat Buttonscarves di Jakarta untuk mereka bentuk, menghasilkan dan membawa konsep The Gardenia Series to life.

Pengarah Buttonscarves Malaysia, Sharifah Itasha Jamalullail turut menyatakan rasa syukur diatas pembukaan butik kelima ini dan berharap perkembangan positif jenama itu berterusan di Malaysia.
“Pemilihan Pavilion KL adalah kerana pusat membeli belah ini dikenali bagi seluruh rakyat Indonesia dan lokasinya juga begitu sesuai menempatkan jenama Buttonscarves sebaris jenama terkenal yang lain” katanya ketika perasmian butik kelima itu.

Turut hadir dalam majlis perasmian, selebriti Indonesia Dian pelangi dan duta jenama Buttonscarves Malaysia, Elfira Loy.