Terkini

Lebih 100 Guru terima Anugerah Malaysia Influential Educator

Kuala Lumpur – Lebih 100 orang guru menerima Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh Malaysia 2023 (MIE) yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN).

Majlis penganugerahan yang berlangsung kali kedua itu diadakan di Dewan Canselor, Universiti Malaya dengan objektif menghargai jasa para guru di negara ini yang giat memberikan contoh dan pengajaran terbaik buat para pelajar dan masyarakat.

Bagi menjunjung misi penting ‘Pendidikan merupakan isu penting bagi kehidupan, negara dan juga manusia’, pengiktirafan ini dilihat mampu mengangkat kumpulan wira-wira tidak didendang yang menggiatkan pendidikan dalam pelbagai bidang demi perkembangan ekonomi negara ini yang akan meneruskan usaha mereka dalam memikul tanggungjawab untuk menyemarakkan jiwa, mencerahkan kebijaksanaan, menyedarkan jiwa, dan meyebari ketamadunan.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Abdul Razak bin Junaidi, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Kementerian Sumber Manusia dan turut dihadiri Pengerusi Malaysia Influential Educators, Majlis Tindakan Pengguna Negara, Tiffany Tan Tian Yee, Noraffendy bin Abd Khalid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri, Tuan Muazam bin Mokhtor, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Inovasi Jabatan Perkhidmatan Awam, Penasihat Kebangsaan MTPN, Yang Mulia Dato Paduka Seri Dr. Hasnizal Hj Hassan dan Prof. Dr. Mohd Aluwi Sari serta Dr. Abdul Razak Zamri, Direktor Pendidikan Universiti Alzette.

Presiden Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh, Tiffany Tan berkata bahawa intipati pendidikan ialah kasih sayang dan pengaruh. Pendidik harus membantu kanak-kanak untuk merealisasikan diri mereka yang hebat, bukannya secara indoktrinasi sehala, tetapi secara membangkitkan potensi dalaman mereka.

“Dorongan dan penghargaan adalah asas kepada transformasi kanak-kanak. Tidak kira apa jua perangai kanak-kanak yang kita hadapi, kasih sayang merupakan pendidikan terbaik, dan cara terbaik untuk menyampaikan kasih sayang kepada kanak-kanak adalah bergembira dengan mereka, mendorong dan memuji mereka. ”

Beliau menyatakan bahawa pendidikan merupakan pengaruh seseorang insan terhadap insan yang lain. Kanak-kanak mulai belajar sejak kecil melalui peniruan. Pendidik yang cemerlang mestilah mempunyai sifat-sifat cemerlang yang wajar dicontohi oleh pelajar, seperti: berjiwa besar, berperibadi mulia, berani memikul tanggungjawab, tabah, gigih, berintegriti dan tidak mementingkan diri sendiri.

Kata-kata dan tingkah laku ibu bapa serta guru selalunya direfleksikan secara Jangsung pada anak-anak didik mereka. Oleh sebab itu, pendidikan mestilah bermula dengan mendidik diri sendiri, barulah kita layak mendidik orang lain.

“Ini juga merupakan hasrat asal majlis penghargaan Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh Malaysia dianjurkan kerana karier pendidikan melambangkan pemikulan tanggungjawab yang berat dan misi yang mulia.

“Selama ini, saya sentiasa berharap untuk mencurahkan semangat dan kepercayaan saya bagi mencipta nilai kepada masyarakat” katanya.

Beliau percaya bahawa setiap pendidik yang hadir hari ini mempunyai kepercayaan yang sama, iaitu : kita mesti menjadi diri kita yang cemerlang, barulah kita dapat mempengaruhi anak-anak didik kita menjadi insan yang cemerlang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: