Bisnes Gaya Hidup

Sellection lancar program SETIAA, tawar pembelian beg berjenama secara ansuran

Kuala Lumpur – Bermula sebagai seorang ‘personal shopper’ barangan berjernajma dari luar negara secara atas talian, pengasas butik Sellection, Nor Rafidah Khairuddin kini melebarkan empayar perniagaanya dengan membuka butik fizikal baharu di Wangsa 118, Kuala Lumpur

Memulakan bisnes dengan membuat tempahan secara kecil-kecilan, beliau kini berjaya membina empayarnya sendiri dalam memasarkan pelbagai barangan berjenama pasaran luar negara terus ke Malaysia dan mampu dibeli oleh pelanggan.

Terbaharu, Sellection menawarkan pembelian secara ansuran sebanyak tiga kali bagi memberi peluang kepada semua pelanggan pengalaman bergaya dengan beg tangan dan aksesori berjenama.

“Koleksi di Sellecton semuanya terbaru, cantik dan terpilih, semestinya ia original.

“Kami juga tawarkan pembelian secara ansuran, hanya bayar deposit dan para pelanggan boleh membawa pulang beg yang diidamkan. Dalam masa sama, apa yang kami inginkan, selain mendapat koleksi yang diinginkan kami juga ingin membantu setiap pelanggan menjadi lebih confident, lebih bergaya dan mampu reward diri sendiri” katanya kepada Malaysianewaws TV.

Jelasnya lagi, Sellection menyediakan pelbagai jenama popular antarabangsa seperti Coach, Micheal Kors, Kate Spade dan Fossil. Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai jenis beg seperti beg sandang, beg silang, tas tangan, dompet dan aksesori jam untuk wanita dan lelaki.

Dalam masa sama, turut diperkenalkan Program Keahlian SETIAA iaitu merupakan program keahlian premium yang direka khas sebagai satu cara dalam memberikan nilai yang lebih besar buat semua pelanggan yang dikasihi.

Program ini memberikan akses kepada pelbagai manfaat yang bakal diterima oleh ahli SETIAA antaranya baucar beli-belah eksklusif sebanyak RM300, penghantaran percuma untuk pembelian dalam talian, sesi penggambaran profesional, dan seminar mengenai fesyen dan keyakinan diri serta beg eksklusif bernilai RM150.

“Menariknya, para pelanggan yang menjadi ahli SETIAA akan menjadi orang pertama yang akan mengetahui mengenai semua produk baharu, trip pre-order dan diskaun hebat yang ditawarkan” jelasnya lagi.


Dengan menjadi ahli SETIAA, ia akan membuka peluang untuk para pelanggan dalam memperkasakan diri serta menyelami perjalanan transformasi yang mengujakan untuk menjadi seorang yang lebih yakin, bergaya dan memberikan inspirasi buat orang lain sambil menikmati faedah pengalaman membeli belah yang premium.

Menurut Rafidah, sehingga hujung tahun ini disasarkan seramai lebih 500 orang pelanggan akan mendaftar menjadi ahli program SETIAA dan jumlah itu dijangka meningkat dari masa ke semasa.

Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Hadi Wisman berkata; dari segi sasaran jualan juga dijangka akan terus meningkat selepas pelancaran program keahlian SETIAA. Ini kerana para pelanggan setia dan baru akan bersama-sama merebut peluang menikmati keistimewaan dari program ini.

“Kami sasarkan peningkatan 20% dari penjualan beg dan aksesori dan sekali gus membuka peluang orang ramai merasai peluang dan pengalaman bergaya dengan barangan berjenama.

“Ditambah dengan kemudahan sistem pembayaran secara ansuran, jadi tiada sebab untuk sesiapa sahaja tidak dapat bergaya dengan beg dan aksesori berjenama” tambahnya.

Sellection pada hari ini meraikan para pelanggan setia dan rakan niaga bagi meraikan ulang tahun kelima. Turut hadir pada majlis Rumah Terbuka tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi SELLECTION, Encik Abdul Hadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: