Kuala Lumpur – Dibuka di pusat membeli belah Datum Jelatek, Loud Speaker sebuah pusat karaoke yang serba kondusif dan sesuai sebagai lokasi santai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
Merupakan lokasi hiburan sehenti, Loud Speaker menawarkan tiga konsep seperti bilik bersaiz VVIP, bilik sederhana dan studio mini di bawah satu bumbung dan dilihat bakal menjadi tempat bersantai terbaharu untuk keseronokan karaoke yang sebenar.


Melangkah masuk dengan ruang berkonsep santai bermotifkan anggun dan mewah, memberikan rasa selesa dengan penampilan kontemporari-minimalis bersiling tinggi dan cahaya semula jadi dari pintu serta tingkap gelas. Peminat karaoke kemudiannya akan terus ke kawasan hiburan yang dipilih dimana setiap daripadanya mempamerkan hiasan dalaman yang tersendiri.
Di Loud Speaker, anda boleh memilih lagu melalui skrin sentuh pada ruang LED dibahagian ruang tepi bilik. Terdapat lebih 300,000 pilihan lagu dalam pelbagai genre untuk anda mencari lagu karaoke kegemaran. Sementara itu, sistem audio tercanggih dan skrin luas berdefinisi tinggi boleh didapati di Loud Speaker cawangan ketiga belas ini untuk anda menikmati hanya yang terbaik.


Lokasi cawangan baru ini ternyata lebih strategik kerana terletak di tengah ibu kota dan mudah diakses oleh transit aliran ringan (LRT) iaitu berlokasi di stesenJelatek.
Pengerusi LoudSpeaker, Damien Soh berkata, Objektif penubuhan cawangan baru ini ialah sebagai memenuhi permintaan ramai peminat pusat karaoke berkenaan.
“Walaupun Loud Speaker sudah pun menjadi jenama terkenal dikalangan masyarakat berbangsa Cina, namun matlamat kami seterusnya ialah untuk menarik dan melayani permintaan lebih ramai lagi dengan menyediakan persekitaran karaoke bebas alkohol.

Cawangan ke-13 ini, menyediakan kemudahan serba baharu dengan kesan pencahayaan dan muzik yang dipertingkatkan, serta skrin definisi tinggi yang besar tersedia disemua bilik Loud Speaker. Cawangan pertama Loud Speaker mula di buka pada 8 Ogos 2009 iaitu di Taman Sutera Utama, JohorBahru.
Tambahnya lagi, pihaknya mensasarkan untuk membuka 30 lokasi lagi menjelang akhir 2024 dengan skim francais yang lebih baik dan optimis.

Cawangan baru di Datum Jelatek merupakan salah satu cawangan terbesar dengan keluasan melebihi 14,000 kaki persegi.
“Di sini kami memiliki 47 bilik karaoke yang jauh lebih besar daripada kebanyakkan bilik karaoke dan tidak ketinggalan 6 Mini Studio yang menjadi keunikan disini, selain itu, bilik VVIP terbesar kami yang berkeluasan lebih 1000 kaki persegi dengan dilengkapi tandas peribadinya sendiri” katanya dalam majlis perasmian disini semalam.
Loud Speaker juga turut berbesar hati menghulurkan sumbangan bernilai RM10,000 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) hasil kutipan daripada kempen #JomSingOutLoud. Kempen yang berjalan menerusi platform TikTok itu telah dilancarkan sejak 8 May lalu dan akan berakhir pada 31 May ini.


Turut hadir di majlis perasmian, selebriti popular seperti Dolla, BellaAstillah dan Rief Daniel. Tidak ketinggalan beberapa bintang media sosial dan rakan media tempatan untuk berhibur bersama-sama sempena pembukaan cawangan baru berkenaan.