Putrajaya – Datin Lisa Surihani dilantik menjadi duta bagi rangkaian produk sabun pencuci Daia Hijab. Sebagai seorang selebriti dan juga ibu kepada tiga cahaya mata, pemilihan beliau dilihat bersesuaian dengan produk sabun tersebut yang memfokuskan ejen pencuci untuk keluarga.

“Saya menggunakan sabun pencuci Daia sejak dahulu lagi bermula dengan ibu saya yang setia menggunakan jenama ini kerana bau yang segar dan teknologi smart ion yang digunakan.
“Alhamdulillah, kini saya pula dilantik sebagai duta dan ini sesuatu yang membuatkan saya teruja untuk berkongsi kepada masyarakat diluar tentang kehebatan sabun ini” katanya.
Lisa menjelaskan sabun pencuci Daia Hijab bukan sahaja memfokuskan tentang kebersihan hijab sahaja malah ianya sesuai untuk apa sahaja jenis pakaian dan fabrik .
“Daia Hijab memiliki evolusi formula baharu dilengkapi teknologi Smart Ion dan kawalan bau peluh yang memberikan keselesaan, kesegaran dan paling menarik sekali pakaian anda tidak berbau hapak.
“Ini kerana ia mampu membasmi 99.9% bakteria yang menjadi punca bau kurang senang sekali gus meneutralkan bau pakaian disamping membuatkan kita rasa lebih segar” jelasnya lagi.

Dengan tagline; Segar untuk hijab, segar untuk keluarga, Daia Hijab mampu memberikan satu inovatif untuk menyelesaikan masalah bau peluh yang melekat pada pakaian lebih-lebih lagi pada musim panas di Malaysia pada masa kini.
Jurucakap Gentle Supreme Sdn Bhd, Eliza Yanti turut menambah, Daia Hijab telah melalui proses R&D dimana dengan teknologi yang digunakan mampu menjadikan produk ini sebagai pilihan yang praktikal untuk semua.

“Saya yakin, Daia Hijab bukan sahaja untuk hijab malah semua pakaian seisi keluarga dan ia juga bertindak sebagai ejen pencuci yang mampu menjimatkan masa dan memudahkan kerja mencuci” tambahnya.

Jenama sabun pencuci Daia yang telah berada di pasaran Malaysia hampir 30 tahun, membuktikan ianya satu jenama pada harga mampu dan mengekalkan portfolio pencuci pilihan utama masyarakat.
