Sepang – Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham menjadi saksi dalam perbicaraan terhadap pemilik Sky Clinic, Dr Roland Victor, yang didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung video dimuat naik ke Facebook mengenai pemberian vaksin Covid-19 pada 2021.
Beliau dalam Mahkamah Sesyen pada selasa di sini, bersetuju kemungkinan vaksin menyebabkan kematian namun tidak disenaraikan sebagai kesan sampingan, kerana bedah siasat diperlukan untuk menentukan punca kematian seseorang.
Jelasnya, bedah siasat perlu dilakukan bagi menentukan punca kematian, sama ada diakibatkan vaksin atau satu kebetulan (selepas si mati diberi vaksin Covid-19).
Timbalan Pendakwa Raya Nazneen Zulkifli sebelum itu menyoal kenapa “kematian” tidak dinyatakan sebagai kesan sampingan vaksin Pfizer di aplikasi MySejahtera.
Hisham berkata ; “Kami tidak dapat memasukkan semua (kesan sampingan), jadi kami memasukkan yang paling lazim. Bagi kesan sampingan luar biasa, (orang awam) boleh merujuk dokumen disediakan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di laman webnya,” katanya.
Peguam bela Roland, Ahmad Zaidi Zainal berkata kematian antara kesan sampingan yang mungkin berlaku akibat vaksin Pfizer, menurut dokumen NPRA.
Melalui soalan yang ditanya sebanyak 3 kali oleh Pendakwaraya dan Peguam Khas Dr Roland.
Zaidi: kenapakah didalam My Sejahtera hanya menyatakan kesan sampingan Vaksin Covid 19 adalah lebam dibahagian tempat dicucuk, demam beberapa hari dan pening sahaja
Noor Hisham: Kami hanya dapat menyatakan kesan-kesan yang ringan sahaja.
Zaidi: Ini bererti kematian salah satu kesan sampingan vaksin Pfizer?
Noor Hisham: Ya, ia satu kemungkinan. Tentang kematian kami tidak dapat nyatakan kerana mayat perlu diautopsi terlebih dahulu dan berkemungkinan kematian itu disebabkan penyakit lain atau mungkin telah mati terlebih dahulu atau mungkin sebab kemalangan lain.
Zaidi: Adakah Tan Sri Setuju Vaksin (merujuk kepada Pfizer) tidak berkesan?
Noor Hisham: Saya tak bersetuju, Saya tetap menyatakan bahawa vaksin ini berkesan kerana kes kematian sebelum ini yang tinggi telah berkurangan berbanding selepas program vaksinasi. Jumlah yang sakit berkurang. Jumlah yang masuk wad juga berkurang.
Zaidi: Tan Sri menyatakan vaksin ini berkesan tetapi ada menyebabkn kematian, adakah Tan Sri tahu isi kandungan vaksin tersebut?
Noor Hisham: Saya tak tahu
Zaidi: Kenapa tak tahu, bukankah Tan Sri yang memegang kuasa dan program vaksinasi ini. Malahan tadi Tan Sri menyatakan punya jawatan dalam WHO berkaitan Pandemik dan vaksin?
Noor Hisham: Semua yang berkaitan isu teknikal saya tidak expert. Yang tahu dan expert adalah Pegawai farmasi di bawah NPRA.
Zaidi: Dalam video ini Dr Roland menyatakan bahawa vaksin covid 19 yang diberikan kepada para doktor perubatan, staf hospital, polis dan tentera adalah Acid Test, Adakah Tan Sri bersetuju?
Noor Hisham: Saya tidak bersetuju
Zaidi: Nyatakan apa maksud Acid test dalam terma perubatan?
Noor Hisham: ACID TEST bermaksud sesuatu yang belum diuji atau yang pertama kali digunakan kepada kumpulan pertama yang di vaksin (a conclusive test of the success or value of something…).
Jadi, saya tidak bersetuju bahawa vaksin covid yang diberikn kepada kumpulan pertama frontliners adalah Acid test kerana vaksin tersebut telah terlebih dahulu diberikan kepada negara Eropah yang lain iaitu 6 bulan lebih awal dari negara kita. Waktu itu kita menerima lebih lambat dari negara tertentu.
Roland Victor didakwa pada Julai 2021 kerana kenyataannya menerusi hantaran video di akaun Facebook “The KL Sky Clinic” bertarikh 2 Februari 2021. Dalam video itu, Roland mendakwa pekerja barisan hadapan menjadi “batu uji” apabila menjadi penerima pertama vaksin Covid-19 pada Februari 2021.
Noor Hisham tegas tidak bersetuju dengan kenyataan Roland itu malah mengakui “marah dan sakit hati” selepas melihat video itu. Katanya, Roland juga membuat kenyataan yang menyinggung pekerja barisan hadapan, selain mencabar kewibawaan kementerian kesihatan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Fuad Othman bersambung pada 19 Jun.
