Kuala Lumpur – Syarikat Nomad Global Dynasty Sdn Bhd merupakan pelopor dan pembekal pertama madu putih asli organik dari pergunungan Tian Shan di Kyrgyzstan. Dihasilkan dari nektar bunga Sainfoin oleh lebah gunung, madu putih ini mempunyai khasiat tersendiri dengan aroma bunga asli.
Pemasaran madu putih ini merupakan kerjasama dua buah negara dengan pengasasnya, Dato’ Dean dari Malaysia dan Adelia Akbarova, warga negara Kyrgyzstan.

Dalam temu bual Malaysianews TV bersama kedua-dua pengasas ini, difahamkan produk Nomad Honey telah berada di pasaran Malaysia hampir setahun dan kini telah mula mendapat permintaan berikutan kesedaran orang ramai berkenaan kebaikan madu ini.
Dato’ Dean berkata; pada awalnya, beliau telah mencuba sendiri ketika diserang virus covid 19 pada tahun 2021 dan merasai perubahan positif selepas mengamalkannya setiap hari.
“Saya diserang virus covid 19 kategori 4 (CAT 4) dimana berisiko tinggi dan pada waktu itu, saya menolak cadangan pihak hospital untuk ditidurkan kerana yakin pasti ada usaha lain yang boleh dilakukan.
“Alhamdulillah, ketika dirawat saya kuatkan tekad untuk melawan virus covid 19 dan dalam masa sama saya amalkan juga habbatus sauda yang dicampur madu putih ini sehingga beransur pulih, madu putih asli ini tiada campuran bahan pengawet, perisa tambahan atau sebarang proses yang merosakkan kualitinya, jadi saya yakin ini adalah ikhtiar terbaik yang patut saya cuba” katanya.
Beliau yang kini semakin sihat selepas melawan virus covid 19, mengambil inisiatif memasarkan madu putih ini ke pasaran negara bagi memberi peluang rakyat Malaysia merasai sendiri kebaikan dan khasiatnya.

“Setakat ini, sebanyak 1 tan madu putih diterbangkan dari Kyrgyzstan ke Malaysia dan Insya Allah, jumlah itu akan bertambah dari masa ke semasa bergantung permintaan yang semakin tinggi pada masa ini” tambahnya.
Antara khasiat dan kebaikan madu putih ini; melancarkan pencernaan, membantu meningkatkan imuniti tubuh badan, melegakan batuk dan sakit tekak, mencantikkan kulit, membantu kesihatan dalaman dan pelbagai lagi.
Pengasas, Adelia Akbarova menyifatkan Malaysia sebagai negara tepat untuk memasarkan madu putih ini dan berharap dapat mengembangkan kesedaran mengenai khasiat madu gunung itu.
“Kyrgyzstan sebuah negara pertanian yang mempunyai sumber tanaman gunung sesuai untuk dipasarkan ke seluruh dunia dan Malaysia menjadi negara pilihan selepas Jepun, kedua-dua negara ini amat istimewa bagi saya dengan corak ekonomi yang kukuh dan masyarakat yang mudah berkerjasama.
“Nomad Honey adalah 100% madu putih asli yang sesuai dan berkesan untuk semua peringkat umur dari bayi sehingga dewasa” ujarnya.

Jelasnya, ia juga mengandungi prebiotik bermanfaat menyuburkan bakteria baik yang hidup di dalam usus, ianya penting bukan sahaja untuk penghadaman tetapi kesihatan secara keseluruhan. Madu putih mempunyai kuasa antioksidan, ia mampu memberi kesan yang ketara untuk penyingkiran radikal bebas dalam badan.
Penerbitan saintifik juga membuktikan madu mengandungi pelbagai komponen organik yang mempunyai bahan antipengoksida semula jadi seperti fenolik, flavonoid dan vitamin C. Bahan antipengoksida sangat penting membantu merencatkan penyakit kronik seperti kanser, koronari arteri, degenerasi saraf, melambatkan proses penuaan serta agen antipemerangan dalam pemprosesan buah dan sayur.
Adelia turut menambah, nektar diambil di kawasan pergunungan yang bebas pencemaran itu memiliki nutrisi selamat dan lebih organik .
Kedua-duanya ditemui ketika majlis pra pelancaran madu putih Kyrgyzstan, Nomad Honey yang kini dipasarkan secara dalam talian di www.nomadglobal.com.my dan media sosial NomadHoney.
Sebagai tambahan, Kyrgyzstan secara rasminya dipanggil Republik Kyrgyz, ialah sebuah negara di Asia Tengah. Dikelilingi daratan dan bergunung-ganang. Ia bersempadan dengan Kazakhstan, Uzbekistan, Tajikistan dan Republik China. Kyrgyzstan juga merupakan negara yang digelar ‘Virgin Country‘ berikutan komposisi bentuk muka bumi pergunungan dan sumber ekonomi dari tanaman serta kurang pembangunan yang pesat.

🇰🇬👏🥳
Interested to know more details of your Nomad honey.
Email us: