Untitled

Kuala Lumpur – Callebaut, pengeluar coklat yang terkenal melancarkan produk terbaharu coklat Callebaut ruby RB2, NXT Dark dan NXT M_lk di pasaran Malaysia.

Pengarah urusan syarikat bagi Malaysia, Robert Kotuszewski berkata syarikat itu berusaha untuk menjadi inovatif dan peneraju dalam pasaran dan industri.

“Kami adalah pengeluar coklat dan koko terbesar dunia, dan kami menaruh harapan untuk tampil sebagai penginovasi pada masa depan. Menerusi coklat Callebaut ruby dan NXT bebas tenusu, ia tampil sebagai trend masa depan inovatif yang selanjutnya,” katanya.

Kotuszewski berkata pelanggan Callebaut memberikan perhatian terhadap kesihatan mereka, justeru, syarikat itu sedang menumpukan kepada alam sekitar dan kemampanan.

Ruby RB2 adalah coklat yang berbeza daripada yang lain. Ia mempunyai kemanisan buah yang tersendiri dan masam segar seperti ‘yogurt’. Warnanya merah jambu dan rasa unik ruby RB2 berasal dari biji koko ruby dan tidak mempunyai pewarna tiruan atau perasa seperti buah beri.

Pelancaran Callebaut ruby RB2 didorong oleh keyakinan bahawa pasaran coklat di negara ini juga dipengaruhi oleh trend. Callebaut ruby RB2 ini sesuai buat mereka yang suka pada coklat yang mempunyai gabungan rasa masam dan manis.


Penyelidikan menunjukkan bahawa ruby sangat sesuai dengan generasi pengguna baharu – terutamanya milenium (18-35 tahun) yang mengimbangi gaya hidup sihat dengan pencarian keseronokan dan pengalaman yang baharu. RB2 juga akan menjadi menu paling menarik di hotel, restoran, kafe serta kedai roti dan pastri terkemuka di Malaysia.

“Bagi kami, ini adalah langkah yang menjadi kelaziman untuk menjadi inovatif dalam memberikan sesuatu yang mampan sepenuhnya, semula jadi dan rasa yang lazat.

“Saya percaya, apabila generasi bertukar, pengaruh dari segi apa yang mereka inginkan akan berubah. Generasi Z dan milenial berharap mereka akan mencari produk yang baik untuk mereka, planet dan alam sekitar,” tambahnya lagi.

Begitu juga, Callebaut NXT. Coklat baharu 100 peratus bebas tenusu, berasaskan tumbuhan dan vegan. Walaupun tidak berasaskan tenusu, NXT masih mengekalkan rasa asli dan kualiti coklat tradisional yang sama.


Untuk menghasilkan NXT M-lk yang bebas tenusu, syarikat Callebaut membuat kajian mendalam dan menggantikan susu kepada chufa atau kacang harimau. Chufa sering dikatakan sebagai ‘susu’ berasaskan tumbuhan yang mempunyai rasa manis semulajadi.

NXT mematuhi piawaian makanan yang paling ketat dalam industri dan berjaya menghasilkan coklat tanpa sebarang bahan tenusu. Dibuat dengan lesitin bunga matahari dan bebas daripada sebarang bahan tambahan tiruan, perasa atau pewarna. Ia sangat sesuai buat pengguna yang mengamalkan gaya hidup sebagai seorang vegan namun tetap ingin menikmati kelazatan sekeping coklat.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading