MTXX_PT20230616_024427548

Kuala Lumpur – Selepas kejayaan kolabrasi jenama terkenal, Buttonscarves bersama selebriti Indonesia, Indah Nada Puspita dengan koleksi The Nada Bag, sekali lagi merealisasikan kerjasama dengan memperkenalkan tudung The Nada 2.0 Series.

Bagi koleksi tudung pula, Buttonscarves mengetengahkan elemen not muzik dan bunga-bungaan sebagai pelengkap gaya serta ditambah tona warna lembut yang akan menyerlahkan lagi gaya si pemakai.

Bersesuaian dengan karekter Indah Nada Puspita yang manis dan lembut, penggayaan tudung dari koleksi ini membawa aura gadis Asia yang sememangya sinonim dengan kesopanan dan kesantunanya tersendiri.

Menggarap kempen promosi jualan melalui penggambaran di negara Swiss, Buttonscarves yakin koleksi ini mampu menarik minat penggemar jenama untuk memiliki setiap koleksi siri ini yang telah mula dijual pada ketika ini.

Pengurus Buttonscarves Malaysia, Sharifah Itasha Jamalullail berkata; The Nada 2.0 Series diambil dari nama Nada yang dalam bahasa indonesia bermaksud bunyi atau irama yang memiliki frekuensi tunggal tertentu. Sementara dalam bahasa arab Nada membawa erti bermurah hati.

“Motif dari Nada Series ini terdiri dari elemen-elemen muzik seperti not lagu dengan motif floral dan tentu sahaja ditambah khas dengan monogram B.

“Kami tidak lari dengan motif floral yang pelbagai kerana disitulah lambang wanita yang sememangnya gemarkan bunga-bungaan namun masih menepati cita rasa pelanggan setia kami” katanya selepas majlis pelancaran koleksi tudung Nada di kafe Locarasa, Bamboo Hills Kuala Lumpur.

The Nada Series hadir dalam 12 pilihan warna menarik terdiri daripada tona warna lembut, vibran sehingga bold. Koleksi ini hadir dengan potongan bawal dan shawl dari material cotton voile dan satin.

Itasha turut menambah, Buttonscarves dalam usaha untuk menembusi pasaran global dan bakal berada di pentas kota fesyen, New York bagi mengangkat jenama negara Asia mampu setanding dengan jenama hebat dunia.

“Alhamdulillah, dalam tempoh kurang 8 bulan, sambutan yang kami terima daripada BSLady, rakan media, rakan niaga, serta dari industri fesyen di #ButtonscarvesGoesGlobal amat mengagumkan. Kami berasa rendah diri dengan peluang dan sokongan yang diberikan ini” jelasnya lagi.

Ujarnya, Buttonscarves tetap mengekalkan kelasnya yang tersendiri sebagai satu jenama berkualiti dengan pentaan gaya yang ‘up to date‘.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading