Kuala Lumpur – Program Mara Brew’ 23 dijalankan bagi mempromosi dan memperkenalkan produk minuman berasaskan kopi sebagai industri dbawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Pengerusi MARA, Dato’ Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki berkata, ia bertujuan memperkenal sekaligus meningkatkan promosi bagi usahawan kopi yang berada di bawah industri makanan dan minuman (F&B) MARA.

Katanya, program itu akan dijadikan platform bagi menarik lebih ramai usahawan bumiputera terutamanya belia untuk menceburi perniagaan yang mempunyai ramai peminat.
“Hasrat itu juga sejajar dengan trend dan permintaan kebanyakan warga kota masa kini yang menjadikan minuman berkenaan sebagai sebahagian daripada gaya hidup.
“Kita perlu mengambil trend itu sebagai peluang yang boleh memberi impak kepada ekonomi negara termasuk membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat,” katanya.
Program kali ini menyaksikan pertukaran MoU diantara Callabio Manufacturing Berhad iaitu usahwan dibawah Program Gate to Global MARA bersama tiga buah syarikat dari Malaysia, Indonesia dan Vietnam. MoU ini dimeterai bagi mengawal kualiti, harga, promosi dan pemasaran produk serta kawasan pengagihan produk kopi.


Pengasas BARIISTAR, Dr. Shahir Suhaimi, 35, berkata, kerjasama dengan 3 buah negara ini dapat mengukuhkan hubungan ekonomi terutama bagi perniagaan berskala sederhana.
Memulakan perniagaan dengan menghasilkan pati sirap pelbagai perisa, beliau menjelaskan ingin menjadi pengeluar pertama bumiputera dengan memfokuskan rasa lokal seperti onde-onde, durian, tembikai, kelapa, nenas, ros dan pelbagai.

Dengan lebih 30 jenis perisa pati sirap, beliau meletakkan harapan ingin melihat usahawan mampu menjalankan perniagaan dengan evolusi kopi pelbagai rasa yang dihasilkan bagi melonjakkan lagi industri dan para penggemar kopi.
“BARIISTAR berkembang dengan hasil kerjasama dan bantuan dari MARA berbentuk geran, pembiayaan dan bantuan kilang bagi melancarkan lagi perniagaan ini.
“Jadi sudah sampai masanya, untuk lebih berkembang maju, saya perlu pandang kehadapan dengan membawa jenama ini ke seluruh negara Asia memandangkan budaya suka minum kopi juga lebih tinggi terutama di Indonesia dan Vietnam” katanya.

Tambahnya lagi, dalam masa setahun, BARIISTAR telah berjaya mencapai target jualan sebanyak RM1 Juta dan sasaran pada tahun 2024 pula menyasarkan lebih RM5 Juta apabila melihat kepada trend peningkatan permintaan seluruh negara.
“BARIISTAR diedarkan ke kafe kopi dan kedai-kedai bahan makanan dengan harga berpatutan, ia di pek dalam botol yang saiz besar dan menjimatkan sesuai untuk usahawan yang menjal kopi” ujarnya.
Program Mara Brew’ 23 diadakan di Bangunan MARA, Kuala Lumpur pada 22 hingga 25 Jun ini. Orang ramai berpeluang mencuba pelbagai jenis kopi dan mengintai peluang perniagaan bersama Komuniti Usahawan Kopi disamping menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik.
