Kuala Lumpur – Dengan rona merah jambu yang memikat hati bersama tekstur yang lembut, minuman campuran ais ini pasti akan memberi kelegaan kepada anda dalam cuaca Malaysia yang panas terik. Malah, warnanya yang ceria amat cantik untuk Instagram anda!
“Sama seperti Mint Chocolate Chip Ice Blended® popular kami yang telah dibawa kembali ke kafe kami, kami ingin menginspirasikan rakyat Malaysia untuk menemui semula ‘Keterujaan Zaman Kanak-Kanak yang Sebenar’ melalui Strawberries & Cream Ice Blended® kami,” kongsi Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran dan Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

“Berbekalkan warisan kami selama tiga dekad, minuman ini dihasilkan dengan tangan sehingga sempurna, dengan rasa dan kualiti kami yang terulung – menggabungkan perisa kegemaran yang kita semua kenali dengan sentuhan yang menyegarkan. Kami sangat teruja untuk memperkenalkan minuman Musim Panas baharu ini, baik untuk mereka yang sekadar ingin memuaskan keinginan, ataupun ibu bapa yang ingin berkongsi detik istimewa dengan anak-anak mereka” jelasnya lagi.
Setiap teguk Strawberries & Cream Ice Blended® memberikan kemanisan buah-buahan dengan potongan buah-buahan yang sebenar, ditambahkan lagi dengan tekstur yang lembut. Lebih menarik lagi, hanya menggunakan teh hitam bermutu tinggi yang telah direndam selama 5 jam sebagai asasnya.
Strawberries & Cream juga boleh dinikmati dalam format Strawberries & Cream Cold Brew Tea, tersedia dalam rasa manis ataupun ‘sparkling’.
Keluaran baharu yang menyegarkan ini juga boleh digandingkan dengan tambahan baharu dalam menu bermusim. Daripada Summer Strawberry Tart sehinggalah Strawberry Haze, Buttermilk Chicken Sandwich, serta Caesar Salad yang dibawa kembali untuk memenuhi selera penggemar.

Untuk menyemarakkan lagi sambutan Musim Panas, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia turut memperkenalkan misi “Strawberry Stampcard”, di mana anda akan mendapat setem untuk setiap misi yang diselesaikan, dan berpeluang memenangi Vintage Strawberry tumbler edisi terhad** selepas anda menyelesaikan kesemua enam misi.
- ** Tertakluk pada terma & syarat
- Strawberries & Cream Ice Blended®-(kecil RM18.90, biasa RM20.90)
- Strawberries & Cream Cold Brew Tea (kecil RM17.90, biasa RM19.90)
- *Untuk menu penuh, sila rujuk helaian fakta di hujung siaran akhbar
Selain minuman Strawberries & Cream yang lazat, mereka juga teruja untuk memperkenalkan ‘Sip & Explore bersama The Coffee Bean & Tea Leaf®’, iaitu satu siri aktiviti menarik yang telah dirancang untuk merangsang kreatif dalaman anda, memberi inspirasi kepada deria dan menjadikan musim panas satu pengalaman tidak dapat dilupakan. Tidak kira jika anda lebih gemar bersendiri atau bergaul dengan orang sekeliling, ‘Sip & Explore’ pasti akan menyerikan hujung minggu sambil menikmati minuman yang menyegarkan.
Anda boleh mendaftar untuk acara-acara menarik ini melalui pautan: coffeebean.com.my/sipandexplore dan meneroka serta mencipta pengalaman yang luar biasa bersama The Coffee Bean & Tea Leaf®.
